Connect with us

Oh! Media

Dua Anggota Trafik Kena Tatatertib Gara-Gara Iring Kenderaan Anak MP

Iring Anwar Azeez

Trending

Dua Anggota Trafik Kena Tatatertib Gara-Gara Iring Kenderaan Anak MP

Mei lalu, viral video berdurasi 20 saat memaparkan dua orang anggota polis trafik mengiringi kenderaan awam dipandu seorang lelaki dipercayai anak kepada Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di Jalan Bukit Gambir, Georgetown.

BACA: Pengiring VIP Didakwa Sepak Cermin Sisi Kereta Orang Awam Kerana Lambat Beri Laluan?

Tindakan dua anggota polis negeri menggunakan motosikal Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu menyebabkan satu kertas siasatan tatatertib dibuka.

IKLAN
Vio

Terbaru, Berita Harian melaporkan, dua anggota berkenaan telah dikenakan tindakan tatatertib di bawah Peraturan 36 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam jawapan bertulis kepada soalan Sim Chee Keong (PH-Bukit Mertajam) di Dewan Rakyat berkata, PDRM juga sudah menjalankan siasatan terperinci berhubung kejadian itu selepas rakaman video berdurasi 20 saat tular di media sosial sejak 7 Mei 2022.

Selain itu, kes turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 membabitkan kesalahan menggunakan media sosial.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas