
Trending
Dosa Yang Tidak Diampunkan Punca Anak Tak ‘Menjadi’? Prof Muhaya Beri Penjelasan
Artikel lama Prof Muhaya kembali tular dan cetus kecaman, ramai anggap kenyataan beliau keterlaluan.
Nama pakar motivasi, Datuk Profesor Dr Muhaya Muhamad (Prof Muhaya) menjadi bualan hangat di media sosial selepas artikel lama yang diterbitkan majalah Nona pada 2018 kembali tular.
Artikel bertajuk “Dosa Yang Tidak Diampunkan Punca Anak Tidak ‘Menjadi’ itu mengundang rasa kurang senang orang ramai berpendapat Prof Muhaya keterlaluan.
Artikel lama kembali tular
Ianya menjadi punca perdebatan apabila mengaitkan dosa ibu bapa dengan ‘kejayaan’ anak-anak.

Selepas isu ini kembali tular, Prof Muhaya tampil memberi penjelasan panjang menerusi satu hantaran di akaun media sosial rasmi miliknya.
Penjelasan Prof Muhaya, mohon orang ramai baca konteks penuh
Beliau menjelaskan bahawa artikel berkenaan telah disalah tafsir dan diambil di luar konteks sebenar.
Konteks di dalam artikel tersebut, Bonda menyeru agar ibubapa bertaubat kerana kita adalah insan yang berdosa dan tanpa sedar, kita mungkin menjadi contoh yang kurang baik kepada minda anak-anak sehingga membentuk jati diri mereka.
Beliau turut menekankan bahawa minda bawah sedar anak-anak terutamanya yang berumur bawah 7 tahun sangat mudah terpengaruh dengan persekitaran termasuk kata-kata ibu bapa dan sebab itu penting untuk ibu bapa menjaga tutur bicara dan akhlak.
Harapan Bonda, kepada semua yang telah membaca atau belum membaca artikel viral tersebut, Bonda harap kalian dapat membaca secara keseluruhan konteks tentang apa yang Bonda ingin sampaikan.
Prof Muhaya juga menerima segala teguran dengan lapang dada dan mengakui bahawa semua orang sedang belajar serta tidak ada manusia yang sempurna.
Pssttt! Prof Muhaya dah jelaskan perkara sebenar. Sebaiknya janganlah baca tajuk je, baca isi kandungan untuk konteks penuh. Kan dah jadi salah faham.
Kredit: Instagram Prof Muhaya
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
