Connect with us

Oh! Media

Dolla Sokong Penjenayah Kerana Ambil Gambar Dengan Artis Ni?

Dolla 2

Oh! Artis

Dolla Sokong Penjenayah Kerana Ambil Gambar Dengan Artis Ni?

Kumpulan Dolla kembali jadi tumpuan sekali lagi kerana didakwa menyokong penjenayah disebabkan sekeping gambar bersama artis kontroversi dari Korea Selatan, Seungri. Apa kes ini?

BACA: Syasya Rizal Akhirnya Bersuara Mengenai Keputusan Keluar Dolla

Menerusi hantaran yang tular di X, seorang pengguna telah mengecam tindakan kumpulan Dolla yang mengambil gambar bersama bekas kumpulan Big Bang itu.

IKLAN

Walaupun sudah dibuktikan sebagai gambar lama, peminat kumpulan ini masih menganggap tindakan yang dilakukan itu tidak sensitif kerana artis berkenaan ada rekod jenayah.

Memuji Seungri sangatkah? Group macam ni nak dibanggakan apabila tunjuk sokongan kepada lelaki tersebut.

Sangat kecewa dengan Dolla kerana sanggup bersama dengan penjenayah.

Walau bagaimanapun, ada juga peminat yang dilihat masih membela Dolla.

Dorang tak kenal kot. Sebab I pun tak kenal Seungri ni.

Seungri

Terdahulu, Seungri kembali menjadi topik hangat di media sosial selepas terpalit dalam kontroversi melakukan aktiviti pelacuran, penggunaan dadah dan pengubahan wang haram di kelab malam miliknya, Burning Sun.

Kredit: Aplikasi X

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Shazwani Athira
Shazwani, bekas pelajar internship di Oh! Media dan pernah berkhidmat sebagai penulis separuh masa yang fokus pada isu-isu trending dan topik hangat, memastikan pembaca sentiasa mendapat berita yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas