Connect with us

Oh! Media

“Doakan Saya Sihat” – Rasa Panas Setiap Kali Live, DS Vida Terkena Gangguan?

Cover Photo Om 1200 X 675   2021 10 08t102609001

Trending

“Doakan Saya Sihat” – Rasa Panas Setiap Kali Live, DS Vida Terkena Gangguan?

Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida berkata dia berasa panas badan dan berasa ingin pitam serta muntah ketika sesi siaran langsung di Instagram.

BACA: Umur Cecah 50 Tapi Nampak Muda, DS Vida Jalani Ujian Kesuburan

Berikutan itu, DS Vida merasakan bahawa dia telah mendapat ‘gangguan’ benda yang tidak diingini seperti ilmu hitam.

IKLAN
Ds Vida
Ds Vida

Berasa hairan dengan keadaan dirinya, usahawan sensasi ini memohon orang ramai mendoakan kesembuhannya dengan segera.

Panas satu badan, saya dah tak tahan dah ni. Tapi saya cuba bertahan. Setiap kali live mesti rasa panas, Ya Allah kenapa saya jadi macam ni?

Saya terkena apa-apa ke? Gangguan ke? Nak muntah rasanya tapi tak lepas..Saya mohon doakan saya kembali sihat.

Dalam pada itu, DS Vida difahamkan turut menjemput beberapa individu ke rumahnya untuk melakukan solat sunat hajat.

Bukan itu sahaja, Vida turut membuat ‘pendinding’ diri dengan mencetak beberapa ayat Al-Quran seperti ayatul Kursi.

Saya dah sediakan ayat kursi siap-siap sebab semalam saya live saya pitam. Jadi hari ni siapa nak ‘buat’ kat saya, saya dah letak ayat Kursi lebih dahulu. Siapa nak buat ni percaya pada Tuhan. Saya letak dinding segala dinding – kata Vida lagi.

Apa-apa pun, semoga yang baik-baik sahaja diucapkan buat DS Vida.

Kredit: Instagram Datuk Seri Vida

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas