Connect with us

Oh! Media

Ditutup Mulai Esok, Fasiliti Stadium Nasional Bukit Jalil Akan Dibaik Pulih

Trending

Ditutup Mulai Esok, Fasiliti Stadium Nasional Bukit Jalil Akan Dibaik Pulih

Keadaan padang yang teruk sewaktu perlawanan kelayakan Piala AFC 2023 di antara Malaysia dan Bahrain pada Sabtu yang lalu telah menyebabkannya ramai pihak yang tidak berpuas hati dengan isu tersebut.

ADVERTISEMENT

BACA: AFC Kecewa, Tak Akan Luluskan Penggunaan Stadium Nasional Bukit Jalil Lagi

Ekoran daripada isu yang memalukan negara ini, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu tampil membuat kenyataan menerusi akaun Twitter rasmi Kementerian Belia dan Sukan

Ditutup mulai esok

Difahamkan mulai esok, 15 Jun, Stadium Nasional Bukit Jalil bakal ditutup bagi proses penambahbaikan serta pemulihan terhadap stadium keramat pasukan negara itu.

Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dalam satu kenyataan yang dibuatnya memaklumkan bahawa kualiti serta keadaan fasiliti di stadium tersebut perlulah dititikberatkan dan tidak boleh dipandang enteng kerana ia melibatkan maruah negara.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memandang serius terhadap isu kualiti padang serta fasiliti SNBJ dan tidak boleh terus memperjudikan maruah negara dengan melengahkan lagi tindakan yang sewajarnya.

Isu kualiti padang serta fasilitnya adalah isu legasi yang harus ditangani secara pantas dan tuntas.

Dalam pada itu, Faizal Azumu turut menjelaskan bahawa penutupan stadium tersebut sepatutnya dilakukan pada tahun depan, namun ia perlu diawalkan ekoran keadaan semasa yang agak teruk.

Perancangan awal KBS adalah menutup Stadium Nasional pada penghujung Mac 2023 untuk memulakan kerja-kerja baik pulih namun keadaan semasa memerlukan tindakan yang lebih segera.

Keperluan baik pulih dan penambahbaikan adalah amat mendesak dan tidak boleh ditangguhkan.

Dengan ini, KBS ingin memaklumkan bahawa SNBJ akan ditutup mulai Rabu, 15 Jun 2022 bagi kerja baik pulih dimulakan.

Diharapkan dengan usaha penambahbaikan serta baik pulih Stadium Nasional Bukit Jalil ini, tiada lagi timbulnya isu yang melibatkan permukaan padang yang rosak serta fasiliti yang berkenaan.

Kredit: Twitter Kementerian Belia dan Sukan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas