Oh! Artis
Didi Astillah Dan Aisyah Aziz ‘Perang’ Di IG, Dedah Perbuatan Keluarga Mentua Kepada Bella
Ingatkan dah selesai? Rupa-rupanya ada lagi episod yang tak berkesudahan membabitkan rumah tangga Aliff Aziz dan Bella Astillah.
Kali ini, adik beradik pula masuk campur apabila saling berbalas kenyataan di media sosial. Dalam laporan terdahulu, Aisyah tak dapat menahan emosi selepas membaca kenyataan yang dikeluarkan Didi mengenai abangnya.
BACA: Aisyah Aziz Bengang ‘Dia’ Buka Aib Orang Untuk Tutup Aibnya
Bikin panas! Didi Astillah menjawab segala tuduhan yang dibuat Aisyah. Didi meminta Aisyah melihat diri sendiri di cermin siapa sebenarnya yang obses mahu kelihatan baik.

Mengenai tuduhan buka aib pula, Didi mendakwa pihak sana yang terlebih dahulu membuka aib Bella dengan memanggil rakan sekolah Alif semata-mata mahu ‘mengumpat’.
Korang baca jelah sendiri apa yang ditulis Didi tu. Paling mengejutkan, Didi mendakwa Bella diperli dan dibuang macam sampah oleh keluarga mentuanya. Bella juga dibuang daripada ‘family group’ tanpa bertanya sebarang khabar selepas isu Alif ditangkap khalwat.
Kredit: Instagram Didi Astillah
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM