Connect with us

Oh! Media

Didakwa Dah Rujuk, Menteri Agama Mohon Pasangan Cerai Talak 3 Secara ‘Live’ Dipanggil

Trending

Didakwa Dah Rujuk, Menteri Agama Mohon Pasangan Cerai Talak 3 Secara ‘Live’ Dipanggil

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad meminta orang ramai membuat laporan kepada pihak berkuasa agama negeri masing-masing jika terdapat sebarang perkara yang meragukan.

ADVERTISEMENT

BACA: Lepas 7 Hari Hilang, DJ Viral Cerai Isteri Dengan Talak 3 Secara ‘Live’

Beliau mengulas kepada pasangan tular, DJ Wong dan DJ Sal yang didakwa kembali tinggal bersama selepas umum cerai talak 3 secara langsung di Facebook April lalu.

Memetik laporan Harian Metro, beliau berkata jika ada laporan, pasti siasatan segera akan dilakukan. Tambahnya, ada ketika pihak berkuasa tidak tahu mengenai sesuatu isu yang tercetus.

Jelasnya lagi, pihak berkuasa agama perlu memanggil DJ Wong dan DJ Sal kerana perkara ini membabitkan soal nasab dan keturunan.

Kita hendak kata dia permain agama tak boleh juga kerana mungkin sebab kejahilan mereka anggap benda itu (perceraian) mainan biasa, anggap boleh rujuk begitu sahaja.

Terdahulu, DJ Sal mengejutkan peminat apabila menampilkan DJ Wong dalam satu sesi ‘live’ di Facebook ‘Sal Bollywood’.

Katanya, dia telah merujuk isu di antara mereka kepada ahli keluarga dan bijak pandai agama. Wanita itu mendakwa lafaz yang dibuat suami sebelum ini tidak sah kerana ketika itu dia sedang uzur. Suami juga tidak berfikiran secara waras.

Dilaporkan, dia dan suami kembali tinggal bersama sejak Aidilfitri lalu. Selepas tiga hari lafaz cerai, DJ Wong pulang ke rumah dalam keadaan keliru.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas