Connect with us

Oh! Media

Lepas 7 Hari Hilang, DJ Viral Cerai Isteri Dengan Talak 3 Secara ‘Live’

Trending

Lepas 7 Hari Hilang, DJ Viral Cerai Isteri Dengan Talak 3 Secara ‘Live’

Baru-baru ini, seorang wanita yang dikenali sebagai DJ Sal mendedahkan suaminya DJ Wong menghilangkan diri daripada rumah sehelai sepinggang.

ADVERTISEMENT

Katanya, pada malam kejadian suami hanya bawa telefon bimbit dan kad pengenalan. Suami gagal dihubungi membuatkan DJ Sal melaporkan kepada polis.

Terbaru, misteri kehilangan DJ Wong atau nama sebenarnya, Noor Aziz Johari selama 7 hari terjawab apabila dia tampil ‘live’ di Facebook. Dalam sesi live itu, dia meminta maaf dan mengesahkan berada dalam keadaan selamat.

Tidak mendedahkan lokasi keberadaannya, DJ Wong meminta semua pihak menghentikan pencarian. Lebih mengejutkan apabila dia telah menceraikan isteri secara langsung dengan talak 3.

Katanya lagi, dia keluar rumah dengan kerelaan hati kerana mempunyai masalah peribadi dengan isteri.

Isterinya, DJ Sal turut meluahkan rasa terkejut melihat suami tiba-tiba live di Facebook selepas beberapa hari ‘hilang’. Malah tindakan suami menceraikannya secara langsung disifatkan sebagai dayus.

Katanya lagi, selama beberapa hari suami hilang dia tidak makan dan menangis kerana terlalu risau tetapi tidak menyangka ini balasan yang diterima daripada suaminya.

Kata DJ Sal lagi, dia tidak akan mengaibkan suami di Facebook walaupun suaminya telah membuka aibnya secara terang-terangan. Dia bagaimanapun bersyukur Allah SWT menunjukkan siapakah suaminya yang sebenarnya.

DJ Wong dan Sal sebelum ini kerap bersiaran langsung di Facebook dan mempunyai 93,000 pengikut.

Kredit: Harian Metro | DJ Wong | DJ Wong And Sal Bollywood

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas