Connect with us

Oh! Media

“Dia Bosan Duduk Luar, Nak Masuk Lokap” -Lelaki ‘Intai’ Cermin Kereta Buat Netizen Curiga

Teropong

Trending

“Dia Bosan Duduk Luar, Nak Masuk Lokap” -Lelaki ‘Intai’ Cermin Kereta Buat Netizen Curiga

Tular sebuah video di media sosial, seorang lelaki yang menunggang motosikal telah mengintai beberapa buah kereta membuatkan netizen curiga dengan perbuatannya.

BACA: “Dalam Ujian Pun Tak Sedar Lagi” – Kecoh Kejadian Rakam Dan Intai Wanita Mandi Di PPS

Video yang dimuat naik di laman TikTok UtusanTV telah mencetuskan pelbagai tanda tanya apabila lelaki yang menaiki motor itu ‘mengintai’ setiap kereta mewah yang ada di parkir kereta, dipercayai di Klang.

IKLAN
@utusantvofficial Teropong apa tue 🫣. Kejadian dilapor berlaku di Klang. #fyp #beritaditiktok #TrendingNewsMalaysia ♬ original sound – UtusanTV

Selepas mengintai setiap kereta dan tiada barang yang dicari, kelihatan lelaki itu beredar dari kawasan tersebut.

Netizen yang melihat video itu semua memberikan komen berkemungkinan lelaki itu mahu mencari sesuatu yang berharga, erti kata lain, nak ‘mencuri’ barang yang ada dalam kereta-kereta mewah itu.

Kalau korang tengok video tersebut, lelaki itu perlukan effort untuk mengintai kerana semua kereta di situ memiliki cermin gelap.

Jadi, ada netizen yang mendakwa cermin gelap ni bagus untuk keselamatan kenderaan sebab boleh melengahkan masa pencuri. Haha, betul juga kan?

Tinted gelap bukan untuk di saman

Screenshot 2022 06 13 at 11254 pm

Nak check ada budak dalam kereta

Screenshot 2022 06 13 at 11317 pm

Motor sama dekat Setia Alam

Screenshot 2022 06 13 at 11328 pm

Nak pecah kereta

Screenshot 2022 06 13 at 11345 pm

Macam-macam hal sekarang ni boleh berlaku. Korang yang ada kereta tu, hati-hati ya. Jangan simpan barang berharga dalam kereta dan jangan letak sesuatu yang boleh attract perhatian pencuri okay!

Kredit: UtusanTV

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media 

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Sumaiyah Salleh
Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas