Connect with us

Oh! Media

“Dalam Ujian Pun Tak Sedar Lagi” – Kecoh Kejadian Rakam Dan Intai Wanita Mandi Di PPS

Trending

“Dalam Ujian Pun Tak Sedar Lagi” – Kecoh Kejadian Rakam Dan Intai Wanita Mandi Di PPS

Hujan lebat selama dua hari di sekitar Lembah Klang menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air. Ramai yang terperangkap di kediaman sendiri dan kenderaan apabila jalan-jalan utama tidak dapat dilalui.

ADVERTISEMENT

BACA: “Air Mata Tak Dapat Kembalikan Rumah Yang Musnah..” – Luahan Mangsa Banjir

Difahamkan, sebanyak 45 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka untuk menempatkan mangsa-mangsa yang terjejas dengan banjir di Selangor.

Namun, lain pula yang jadi apabila terdapat satu kejadian di mana seorang lelaki didakwa telah intai dan rakam wanita mandi di tandas.

Menerusi perkongsian yang dibuat Saudagar Kayangan di Facebook, kedengaran suara dari pembesar suara mengingatkan penghuni wanita supaya menjerit meminta tolong jika ternampak lelaki berkenaan.

Dalam ujian/bala yang tengah Allah turunkan ni pun tak sedar-sedar lagi. Bala macam mana lagi baru nak sedar! Benda berlaku dekat PPS USJ23 ni, mengintai wanita mandi, rakam dengan fon.

Tolong alertkan kawan-kawan, jiran-jiran, saudara-saudara yang duduk dekat mana-mana PPS. Untuk yang perempuan terutamanya supaya berhati-hati.

Sentiasa peka dengan keadaan sekeliling terutamanya ketika nak tukar baju atau mandi. Jenis gila seks ni tak kira masa dia nak buat kerja.

Lelaki berkenaan dipercayai masih berada di pusat pemindahan itu dan dua pegawai polis bertugas sedang mengesannya. Saksi juga diseru untuk menyalurkan maklumat dan berhati-hati dengan keadaan sekeliling.

intai

Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa berang dengan sikap tidak bertanggungjawab pelaku. Seharusnya ketika musibah melanda, masing-masing perlu menjaga sesama sendiri bukannya mengambil kesempatan dengan intai dan rakam wanita mandi.

Kredit: Facebook Saudagar Kayangan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas