Connect with us

Oh! Media

Derita Tekanan Hidup, Ibu Tunggal Dedah Pernah Cuba R*cun Dirinya Dan 8 Anak

Trending

Derita Tekanan Hidup, Ibu Tunggal Dedah Pernah Cuba R*cun Dirinya Dan 8 Anak

Hidup sebagai seorang ibu tunggal merupakan satu perkara yang sangat sukar untuk dilalui lebih-lebih lagi apabila perlu membesarkan anak-anak tanpa seorang insan yang bergelar suami dan ayah kepada anak-anak.

ADVERTISEMENT

BACA: Ibu Tunggal ‘Longlai’ Keluar Mahkamah, Dijatuhi Hukuman Mati Edar Dadah

Itulah kesukaran yang dialami seorang ibu tunggal bernama Kamariah Md Yatim yang menghadapi tekanan hidup ketika membesarkan lapan orang anaknya.

@thesafiyya.co Subahanallah..🥺Sebak kisah hidup akak ni & Kagum dengan cara beliau bangkit💪#fyp #fypシ #fypage #seo #womanempowerment #janganputusasa #akutanpacintamu #searchengineoptimization ♬ Bintang di Surga – Noah

Menerusi video yang tular di TikTok, ibu tunggal itu berkongsi kisahnya yang bergelut untuk membesarkan anak-anaknya dalam keadaan yang sangat sukar selepas diceraikan suaminya kira-kira 22 tahun yang lalu.

Akak dicerai(kan) suami akak tahun 2000, anak akak lapan orang. Yang tua (yang pertama) baru lepas SPM, yang kecil baru satu tahun.

Suami akak dah jatuhkan talak, dia pun pergi. Ke mana akak nak bawa anak akak lapan-lapan (orang)?

Jelasnya, meskipun kehidupannya dibantu serba sedikit oleh ahli keluarga yang lain selepas bercerai, Puan Kamariah mengakui kehidupannya yang berubah hampir 360 darjah menyebabkan dia mengalami tekanan hidup kerana risau akan masa depan kesemua anaknya.

Tambah ibu tunggal itu lagi, adalah kebiasaan bagi mereka sekiranya mereka sekeluarga tidak makan untuk beberapa hari sepanjang tempoh waktu tersebut.

Pernah terdetik tamatkan riwayat hidup bersama lapan anak yang lain

Bukan itu sahaja, Puan Kamariah turut mendedahkan bahawa dia pernah terdetik untuk menamatkan riwayat hidupnya bersama lapan lagi anaknya yang lain dengan cara memasukkan racun ke dalam periuk nasi akibat tekanan hidup yang melampau.

Akak balik cari kangkung, cari pucuk ubi, cari pandan, anak menangis. Tak dapat susu dia menangis.

Akak pandang beras ada lagi satu pot, apa dalam fikiran akak? Akan ku bun*h anak aku semua termasuk aku sendiri. Biar m*ti sama-sama.

Namun, dengan kuasa Tuhan datang ibu kepada Puan Kamariah yang memujuknya dan menghalangnya daripada terus berbuat demikian.

Entah macam mana mak datang, akak tengah tuang r*cun dalam periuk nasi, mak sampai.

R*cun tu akak tuang dalam periuk nasi, mak ambil, mak buang. Mak peluk akak, dia kata ingat pada Tuhan nak, sembahyang jangan lupa, berdoa nak, berdoa.

Sejurus selepas kejadian itu, Puan Kamariah menjadi lebih cekal dan tabah dalam membesarkan anak-anaknya dan kini merupakan usahawan pandan wangi yang berjaya di kampungnya.

Akak seorang yang tabah dan kuat

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan dugaan yang dihadapi Puan Kamariah sebelum serta memujinya atas kecekalan dan ketabahannya sehingga berjaya menjadi usahawan ketika ini.

Kredit: TikTok thesafiyya.co

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas