Connect with us

Oh! Media

Demi Keselamatan Pengguna, TNB Tutup 40 Pencawang Elektrik

72294c2f 281a 40b7 a999 623806aa77d3

Trending

Demi Keselamatan Pengguna, TNB Tutup 40 Pencawang Elektrik

Sebentar tadi berlakunya hujan lebat sehingga menyebabkan banjir telah berlaku di beberapa kawasan Lembah Klang. Allahu, kesiannya orang sana.

BACA : Air Terlalu Cepat Naik Tenggelamkan Ratusan Kereta Parking Di Wisma UOA 2

Menurut laporan Kosmo, banjir kilat yang berlaku itu membuatkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) terpaksa menutup 40 pencawang elektrik di kawasan yang terjejas.

IKLAN

Perkara itu dibuat bagi memastikan keselamatan para pengguna dan ianya dikatakan sendiri TNB menerusi satu hantaran di akaun rasmi Facebook mereka.

Antaranya pencawang di Royal Cendana, BukIt Aman, Hospital Tang Lin, Jalan Kebun Bunga, The Royale Chulan Hotel, Bukit Bintang serta Suria Stonor.

Usaha-usaha sedang giat dijalankan bagi memastikan bekalan elektrik di kawasan-kawasan terlibat dapat disalurkan secara berperingkat, bergantung kepada akses dan keadaan setempat.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada apabila terjadi hujan lebat kerana ianya berisiko untuk terjadinya banjir. Segala dokumen-dokumen yang penting juga diingatkan supaya disimpan di tempat yang selamat. 

Semoga orang-orang yang terjejas dengan banjir yang berlaku petang tadi tabah dan dipermudahkan segala urusan.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas