Connect with us

Oh! Media

David Teo Pula Ulas Isu Masya Masyitah Buka Tudung

david teo

Oh! Artis

David Teo Pula Ulas Isu Masya Masyitah Buka Tudung

Pengarah dan penerbit, David Teo turut tampil memberikan pendapatnya mengenai isu penampilan baharu penyanyi Masya Masyitah yang mengejutkan warga netizen.

ADVERTISEMENT

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, David menyatakan zaman sekarang ini ramai orang lebih mengejar pahala dunia dan bukannya pahala akhirat.

Walaupun iman kita berbolak balik tapi kita sebagai manusia kenalah kembali kepada Tuhan.

Dalam pada itu, David juga mengajak pengikutnya untuk mendoakan agar Masya diberikan hidayah dan kembali ke jalan yang benar.

David Teo

Perkongsian itu telah meraih perhatian warga netizen dan ada juga yang akui berasa malu apabila individu yang bukan beragama Islam menegur isu agama atas perkara sebegini.

Malah, ramai juga yang mendoakan agar penyanyi berusia 23 tahun itu kembali menutup aurat dengan sempurna seperti yang diamanahkan oleh agama.

BACA: “Barai Freehair Terus” – Masya Masyitah Akhirnya ‘Up’ Foto Tudung Terbang

Sebelum ini, keputusan Masya Masyitah untuk tidak bertudung telah mengejutkan ramai pihak terutama sekali netizen.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas