Connect with us

Oh! Media

Datin Shahida Buka Mulut Lepas Kena Sindir, Pernah Jadi Model Dan Penyanyi Nasyid

datin shahida

Trending

Datin Shahida Buka Mulut Lepas Kena Sindir, Pernah Jadi Model Dan Penyanyi Nasyid

Selepas tular sindiran panas dipercayai ditujukan kepada dirinya, usahawan terkenal Datin Shahida tampil ‘berani mati’ menyuarakan isi hatinya di Instagram.

BACA: “Kaya Tapi Bodoh, Kau Yang Gila Glamour!” – Rebecca Nur Al-Islam ‘Sound’ Isteri Aliff Syukri

IKLAN

Dalam beberapa perkongsian di IG Story, isteri kepada Datuk Aliff Syukri itu menegaskan bahawa segala kejayaan yang diraihnya hari ini bukanlah hasil menumpang sesiapa, sebaliknya hasil kerja keras sejak dulu lagi.

“Apa yang ada usaha sendiri, tak menumpang”

Shahida turut berkongsi gambar-gambar lama sebagai bukti bahawa dia sudah mula bekerja sejak zaman muda lagi.

Antara yang dikongsikan termasuk gambar ketika menjadi model iklan dan ahli kumpulan nasyid. Jadi, Datin Shahida memang popular tanpa perlu menggunakan sesiapa kan?

datin shahida
datin shahida

Beliau juga menunjukkan gambar lama ketika berniaga di pasar sekitar tahun 2008, menegaskan bahawa mereka suami isteri sudah pun bekerja keras sejak awal perkahwinan lagi dan tidak bergantung kepada kekayaan mana-mana pihak.

Jawab dakwaan akan merempat kalau tak kahwin anak orang kaya

alif syukri

Menjawab tuduhan yang mengatakan dirinya ‘gila konten’, Shahida mengakui bahawa mereka memang gemar berkongsi kehidupan di media sosial.

Namun katanya, tidak pernah sekalipun menjadikan orang luar sebagai bahan konten tanpa izin.

datin shahida

Dalam satu lagi hantaran, beliau sempat menyindir individu yang dikatakan mempersoalkan status keluarganya, dengan berkata:

datin shahida
datin shahida

Bagaimanapun, Shahida turut memaklumkan dia terpaksa memadam perkongsian selepas dinasihatkan oleh suaminya.

Saya delete sebab suami saya suruh delete… Sekian.

Terdahulu, pelakon Datin Rebecca Nur Al-Islam menafikan dakwaan Datin Shahida bahawa dia lebih sudu dari kuah apabila kerap memuat naik gambar kakak ipar barunya, Bonda Rozita Ibrahim.

Tak berdiam diri, anak Bonda Rozita iaitu Maryam Nur Imani juga bersuara mempertahankan Datin Shahida.

BACA: “Saya Rasa Datin Tak Bod*h, Yang B*doh Tu Awak” – Anak Bonda Rozita Ibrahim

Kredit: Instagram shahidadherbs
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Trending

Oh! Podcast

Tonton di YouTube

Popular Bulan Ini

Ke Atas