Connect with us

Oh! Media

Laung Azan Maghrib Awal, Darsa Fried Chicken Cawangan Ini Mohon Maaf!

Darsa Fried Chicken

Trending

Laung Azan Maghrib Awal, Darsa Fried Chicken Cawangan Ini Mohon Maaf!

Restoran Darsa Fried Chicken (DFC) Puncak Alam tampil memohon maaf selepas insiden kesilapan dalam laungan azan Maghrib yang menyebabkan pelanggan berbuka lebih awal daripada waktu sebenar.

Insiden ini berlaku pada 17 Mac jam 7.26 malam, sedangkan waktu sebenar untuk kawasan Kuala Selangor adalah 7.29 malam.

Pengurusan Darsa Fried Chicken akui kesilapan

Pihak DFC Puncak Alam ingin memohon maaf atas kesilapan teknikal dalam laungan azan Maghrib pada 17 Mac 2025. Kami…

Posted by Darsa Fried Chicken official on Wednesday 19 March 2025

Dalam satu kenyataan rasmi yang dimuat naik di Facebook pada Jumaat, pihak pengurusan mengakui kesilapan tersebut dan menghargai pelanggan yang segera memaklumkan perkara itu.

IKLAN

Kami dengan penuh rasa tanggungjawab memohon maaf atas kekhilafan ini dan amat menghargai kesedaran serta keprihatinan pelanggan.

DFC juga menasihatkan pelanggan yang telah berbuka pada waktu itu untuk mengganti (qada) puasa mengikut hukum syarak.

Langkah pembetulan diambil

Yjjpg

Bagi mengelakkan kejadian ini daripada berulang, pihak pengurusan telah mengambil langkah pembetulan, termasuk menyemak serta menyelaraskan waktu azan dengan jadual rasmi solat.

Kami menghargai kepercayaan anda terhadap Darsa Puncak Alam dan berkomitmen untuk memberikan pengalaman terbaik kepada semua pelanggan.

Kenyataan rasmi ini dimuat naik di Facebook Darsa Fried Chicken pada 19 Mac dan dikongsikan semula hari ini.

#ApaKataOhmedia

Kesilapan seperti ini mengingatkan kita untuk lebih peka dengan waktu solat yang tepat, terutama dalam bulan Ramadan. Sebaiknya, rujuk jadual waktu berbuka rasmi sebelum berbuka puasa bagi mengelakkan kekeliruan!

Darsa Fried Chicken

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Facebook


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas