Connect with us

Oh! Media

Dakwaan Jenazah Wanita Ditahan Hampir 24 Jam Di Bilik Masjid, Menteri Agama Jalankan Siasatan

Ohmedia kartel Jenazah

Trending

Dakwaan Jenazah Wanita Ditahan Hampir 24 Jam Di Bilik Masjid, Menteri Agama Jalankan Siasatan

Pengasas Unit Khas Van Jenazah (UKVJ) yang dikenali sebagai Mr Wan Cai mendakwa jenazah seorang wanita Muslim telah ditahan hampir 24 jam di bilik sebuah masjid di Kuala Lumpur.

Dakwanya, kes ini berkaitan dengan kartel pengurusan jenazah yang mengenakan caj yang tinggi iaitu RM 2200 kepada waris untuk urusan pengebumian.

Wan Cai dakwa ada jenazah wanita ditahan hampir 24 jam di bilik masjid

Dalam pendedahan tersebut, Wan Cai telah mengenal pasti kartel yang terlibat dan sedang menyiasat sama ada pihak lain turut bersubahat.

IKLAN

Susulan dakwaan itu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dato’ Setia Dr. Naim telah mengarahkan satu siasatan dijalankan pihak JAWI.

Jelas beliau, tindakan akan diambil dengan segera selepas siasatan selesai dijalankan.

Respon Menteri Agama

Kartel

Terdahulu, Jawatankuasa Surau Balai Islam Jalan Tun Razak Kuala Lumpur nafi terlibat dalam memanipulasi atau mengenakan caj tinggi terhadap pengurusan jenazah.

Pihak surau nafi terlibat

Jenazah

Jelasnya, pihak surau tidak pernah bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mengambil kesempatan ke atas waris jenazah.

Malah, surau Balai Islam menyediakan pelbagai kemudahan, termasuk bilik mandi jenazah, kafan, dan ruang solat jenazah untuk kegunaan umat Islam berdasarkan sumbangan ikhlas tanpa sebarang paksaan.

Manakala, sebarang urusan dengan pihak pengurusan jenazah yang melibatkan caj atau perkhidmatan tambahan adalah antara pihak keluarga dan pihak pengurusan tersebut.

Pihaknya tidak terlibat atau bertanggungjawab terhadap sebarang urusan yang diadakan di luar pengetahuan pihak surau.

Akhir sekali, pihak surau bersedia bekerjasama sepenuhnya dengan pihak JAWI untuk memastikan isu ini disiasat secara telus.

#OhmediaNasihat

Respon pantas daripada pihak berkuasa mengenai hal ini wajar diberikan pujian. Kartel pengurusan jenazah yang mengenakan caj tinggi harus dibendung agar tiada lagi pihak diambil kesempatan. Marilah kita bersama memastikan keadilan dan ketelusan dalam pengurusan jenazah demi menjaga kehormatan insan yang telah tiada.

Ohmedia kartel Jenazah

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Facebook Dato’ Setia Dr. Naim | Facebook Mr Wan Cai Official


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas