Connect with us

Oh! Media

Cuma 4 Minggu Latihan, Nor Sarah Adi Raih Pingat Emas Sebagai Bidan Terjun Lompat Bergalah

Artikel 2 18 5

Trending

Cuma 4 Minggu Latihan, Nor Sarah Adi Raih Pingat Emas Sebagai Bidan Terjun Lompat Bergalah

Nor Sarah Adi, pelari pecut 4x100m yang merupakan bidan terjun untuk acara lompat bergalah telah berjaya meraih pingat emas di Sukan SEA Vietnam 2021!

BACA: Didakwa Tendang Leher Pesilat Malaysia, Kontinjen Indonesia Mengamuk Hilang 10 Mata Saat Akhir

Siapa sangka, Sarah yang hanya dihantar sebagai bidan terjun berjaya memenangi pingat emas dan mengharumkan nama Malaysia.

IKLAN

Hanya berlatih 4 minggu

Nor Sarah Adi difahamkan telah menjalani latihan bersama Coach Mansahar selama hanya 4 minggu sebelum menyertai Sukan SEA. Fuh, memang hebat!

Situasi kemenangan ini dikatakan sebagai durian runtuh dan rezeki buat Sarah dan Malaysia. Bayangkan, hanya berlatih 4 minggu dan merupakan bidan terjun untuk acara lompat bergalah ni, Sarah berjaya raih pingat emas dan mengharumkan nama Malaysia.

Ramai yang terpesona dan bangga dengan pencapaian Nor Sarah Adi. Katanya, Sarah bersetuju untuk menjadi bidan terjun bagi acara lompat galah ini hanya untuk cukupkan kuota.

Tetapi dengan kehebatan dan rezeki daripada Allah, Sarah berjaya raih pingat emas! Syabas diucapkan buat coach Mansahar dan Sarah!

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Sumaiyah Salleh
Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas