Connect with us

Oh! Media

Didakwa Tendang Leher Pesilat Malaysia, Kontinjen Indonesia Mengamuk Hilang 10 Mata Saat Akhir

kontinjen indonesia

Trending

Didakwa Tendang Leher Pesilat Malaysia, Kontinjen Indonesia Mengamuk Hilang 10 Mata Saat Akhir

Kecoh di media sosial apabila video berdurasi 28 saat telah tular melihatkan kekecohan yang disebabkan oleh kontinjen Indonesia di gelanggang sukan SEA bagi acara silat.

ADVERTISEMENT

BACA: Susunan Bendera Kedudukan Pingat Sukan SEA ‘Terabur’, CNA Mohon Maaf

Menerusi video yang dikongsikan oleh @hanimNewsMPB, kontinjen Indonesia telah melakukan kekecohan apabila pesilat mereka dikenakan pemotongan 10 mata pada 4 saat terakhir.

Pesilat Negara raih kemenangan 50-49

Kontijen Indonesia telah mengamuk di luar gelanggang dan marah dengan potongan yang dikenakan terhadap pesilat Indonesia yang dikenakan potongan sebanyak 10 mata pada saat akhir perlawanan.

Situasi tersebut telah menyebabkan pesilat negara, Muhammad Khairi Adib Azhar telah berjaya meraih emas untuk kemenangan 50-49 sekaligus emas kedua buat Kontijen Malaysia.

Ada yang mendakwa pesilat Indonesia dikenakan potongan 10 mata untuk kerana telah menendang leher pesilat Malaysia. Namun kesahihan masih tak dapat dijelaskan.

Syabas diucapkan kepada pesilat negara, Muhammad Khairi Adib Azhar kerana telah berjaya mengharumkan nama Malaysia.

Harap insiden seperti ini tidak akan berlaku lagi kerana menang dan kalah tu kan adat pertandingan.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas