Connect with us

Oh! Media

“Minta Mereka Bersara Awal” – Perjuangan Belum Selesai, Cikgu Fadli Gesa Singkir ‘Tangan Ghaib’ Dalam KPM

Trending

“Minta Mereka Bersara Awal” – Perjuangan Belum Selesai, Cikgu Fadli Gesa Singkir ‘Tangan Ghaib’ Dalam KPM

Perjuangan Cikgu Fadli yang ingin melihat perbaharuan dalam sistem pendidikan Malaysia nampaknya membuahkan hasil selepas dia didapati tidak bersalah oleh Lembaga Tatatertib Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

ADVERTISEMENT

BACA: Guru Dapat Surat Tatatertib Hanya Kerana Jujur Mengenai Sistem Pendidikan Negara

Meskipun didapati tidak bersalah namun, guru SK Gombak 1 itu menegaskan bahawa perjuangannya masih lagi belum selesai kerana sistem pendidikan yang lemah perlu diperbaiki menerusi satu sesi live di laman Facebooknya.

Namun yang pertama, tolong jangan lari pada fokus. Fokusnya apa? Fokusnya ada kelemahan dan kerosakan dalam sistem kita bukan saja sistem pendidikan sahaja tapi saya fokus pada pendidikanlah sebab saya dalam pendidikan.

Kelemahan ini kita sangat berharap diubah. Ada tindakan susulan daripada kes viralnya saya ni, ada tindakan, ada perubahan yang ke arah kebaikan. Itu je yang saya nak. Saya bukan nak apa-apa. Saya nak generasi kita, anak-anak kita dapat hak mereka. pendidikan kita lebih berkualiti.

Tambah Cikgu Fadli lagi, perubahan akan menjadi sukar untuk dilakukan selagi mana terdapat ‘tangan ghaib’ yang mempunyai kuasa untuk menekan orang bawahan.

Surat itu tak sepatutnya sampai kerana tak setimpal dengan kesalahan. Ia tak masuk akal melainkan ada tangan ghaib yang mampu mempengaruhi yang benar-benar berkuasa mampu mempengaruhi untuk keluarkan.

Tangan ini masih wujud di atas sana dan mereka perlu disingkirkan daripada sistem. Minta mereka bersara awal. Lantik mereka yang berintegriti. Itu tujuan saya. Perjuangan saya di situ. Perjuangan saya bukan untuk dapat jadi cikgu balik atau didapati tidak salah.

Dalam pada itu, Cikgu Fadli menzahirkan rasa syukur serta berterima kasih kepada lembaga tatatertib atas keputusan yang dikeluarkan semalam.

Teruskan perjuangan anda Cikgu Fadli, ramai yang sentiasa di belakang cikgu demi perbaharuan dalam sistem pendidikan negara.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas