Connect with us

Oh! Media

Guru Dapat Surat Tatatertib Hanya Kerana Jujur Mengenai Sistem Pendidikan Negara

Trending

Guru Dapat Surat Tatatertib Hanya Kerana Jujur Mengenai Sistem Pendidikan Negara

Seorang guru dikenali sebagai Mohd Fadli Salleh mendedahkan telah menerima surat tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

ADVERTISEMENT

Cikgu Mohd Fadli mendakwa dia dikenakan tindakan itu hanya kerana bercakap jujur dan menyatakan kebenaran mengenai sistem pendidikan negara.

Jujur mengenai beberapa perkara

cikgu fadli salleh

Dalam satu perkongsian yang turut disertakan surat tatatertib daripada KPM itu, Cikgu Mohd Fadli bertanya kenapa beliau dikenakan tindakan macam tu.

Dapat surat tindakan buang kerja, turun pangkat

cikgu fadli salleh

Cikgu ini mendakwa beliau bukanlah seorang guru bermasalah, bukan juga selalu MC dan ponteng kerja. Beliau juga tak pernah terlibat kes pukul guru besar, gaduh dengan rakan sekerja atau ibu bapa. Malah, jauh sekali terlibat kes cabul atau rogol murid.

Dakwanya lagi, dia dikenakan tindakan kerana bersuara mengenai kebenaran di media sosial tanpa mengikut saluran yang betul.

Jangan sembang saluran yang betul dengan saya. Sebab saya dah luahkan dalam saluran yang paling betul, masa penataran buku silibus baru di PPD di hadapan lebih 30 orang guru Matematik daerah Gombak, pegawai PPD dan pegawai JPN.

Berdasarkan surat tatatertib, cikgu Mohd Fadli Salleh sebagai guru di Sekolah Kebangsaan (1) Gombak, patut dikenakan tindakan tatatertib atas tiga pertuduhan. 

Pertuduhan pertama beliau didapati membuat hantaran di media sosial pada 26 November 2021 berhubung jadual waktu dan mata pelajaran yang diajar di sekolah rendah. 

Pertuduhan kedua, beliau didapati memuat naik hantaran pada 30 November 2021 mengenai subjek yang diajar pada murid Tahun 1 di sekolah rendah. 

Pertuduhan ketiga pula, beliau dalam sesi Facebook live mengatakan banyak silibus mengarut diajar di sekolah. 

Setakat ini pendedahan Cikgu Fadli telah mendapat lebih 58,000 perkongsian. Ramai ibu bapa memberikan sokongan kepada cikgu ini dan berharap suara mereka didengar.

Kredit: Facebook Mohd Fadli Salleh

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas