Connect with us

Oh! Media

Cik Epal Dedah Ada Pihak Siap Mahu Jadikan Dirinya Madu

Untitled Design   3

Trending

Cik Epal Dedah Ada Pihak Siap Mahu Jadikan Dirinya Madu

Pempengaruh, Cik Epal berkata yang dirinya tidak serik untuk berkahwin lagi walaupun sudah gagal dalam rumah tangga yang dibina lebih dari 10 tahun.

BACA: Cik Epal Dedah Jofliam Tak Pernah Curang Dan Orang Ketiga Bukanlah Punca Rumah Tangga Retak

Menurut laporan Oh Bulan, buat masa ini Cik Epal mahu fokus terhadap dirinya dulu dan dia tidak menolak sekiranya bertemu jodoh suatu hari nanti. 

IKLAN

Nak rasa hidup bujang dulu, boleh benda yang aku tak boleh buat masa berkahwin dulu. Cuma kalau ada jodoh lebih baik akan datang, aku tak serik untuk berkahwin.

Aku suka alam perkahwinan. Perkahwinan ibarat ladang pahala, mudahnya mencari pahala apabila sudah berumah tangga.

Cik Epal turut mendedahkan ada beberapa lelaki cuba berkenalan dengannya malah ada di antara para isteri yang mahu menjadikannya sebagai madu mereka.

Ada yang bagi gambar, bagi tahu gaji berapa. Masalahnya perempuan yang nak jadikan aku madu dia pun ada. Tapi maaf, aku tak nak bermadu. Tak nak rasa diduakan.

Bukan tu jer, pempengaruh itu juga tidak meletakkan sebarang syarat sama ada pasangannya itu nanti berstatus duda ataupun bujang, tapi dia mahu lelaki yang menghargai dirinya dan matang.

Hati aku sangat terluka, kepercayaan dah tak ada. Memang susah nak terima balik. Ibarat kaca retak pecah seribu. Tak akan bercantum kembali.

Apapun, semoga dipermudahkan segala urusan Cik Epal di masa akan datang.

Untitled Design   3

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Oh Bulan 


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas