Trending
Cik Epal Dedah Jofliam Tak Pernah Curang Dan Orang Ketiga Bukanlah Punca Rumah Tangga Retak
Isu rumah tangga antara pempengaruh, Jofliam dan Cik Epal akhirnya terjawab apabila mereka telah sah bercerai selepas 10 tahun bersama.
BACA: Cik Epal Dan Jofliam Sah Bercerai Selepas 10 Tahun Bersama
Terbaru! Menurut laporan mStar, Cik Epal mengesahkan keruntuhan rumah tangganya bukanlah disebabkan orang ketiga dan perkara ini dikongsikannya menerusi Instagram Story.
Pempengaruh itu juga berkata yang Jofliam tidak pernah curang sepanjang perkahwinan mereka.
Aku tak nak jelaskan panjang lebar sebab tak nak sebarang ayat aku dimanipulasi.
Cuma aku nak jelaskan, sepanjang perkahwinan kami, Jofliam tak pernah curang.
Bukan tu jer, bekas isteri kepada Jofliam itu juga tidak mahu membuka aib suaminya dan berbangga pernah bergelar isteri kepada Jofliam yang dianggap sebagai bapa yang baik buat dua anak mereka.
Setiap cerita kita kena dengar daripada dua-dua pihak untuk dihakimi. Aku memilih untuk tak bercerita side aku di public sebab tak nak ada aib bekas suami yang tersebar.
Dia pernah jadi orang yang istimewa dalam hati aku, dulu dia sebahagian hidup aku. Aku bangga dengan kejayaan dia. Aku tak pernah malu gelarkan diri sebagai ‘isteri Jofliam’ sebelum ini.
Dia tetap ayah yang bertanggungjawab untuk Han dan Yuki. Cukup 10 tahun, aku nak move on.

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM