Connect with us

Oh! Media

Burung ‘Terapung’ Tanpa Tali, Orang Ramai Terpegun

Article 1 15 11

Trending

Burung ‘Terapung’ Tanpa Tali, Orang Ramai Terpegun

Tular di media sosial apabila burung berwarna hitam terapung dan kelihatan seperti tergantung tanpa tali membuatkan orang ramai terpegun dan bingung dengan situasi itu.

BACA: Burung Kakak Tua Kantoikan Suami Jalin Hubungan Sulit Bersama Pembantu Rumah?

Dalam video yang tular itu, kelihatan dua orang bomba cuba untuk menyelamatkan helang tersebut dengan menggunakan sebatang kayu.

IKLAN

Tersangkut pada tali layang-layang

Menerusi laporan Kosmo, pihak Bomba Selangor telah menyatakan bahawa ini bukanlah kejadian yang pelik, kerana burung tersebut sebenarnya tersangkut pada seutas tali layang-layang yang membuatkannya kelihatan seperti terapung.

Kejadian berlaku pada 12 November lalu dan pihak bomba telah dimaklumkan tentang kejadian kira-kira pukul 6.28 petang sebelum sepasukan anggota juga pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Damansara telah dikejarkan ke lokasi.

Dalam kejadian tersebut, seekor burung helang telah tersangkut pada seutas tali tangsi layang-layang namun tidak lama kemudian haiwan berkenaan telah berjaya melepaskan diri dan terbang pergi.

Sebelum kenyataan dari pihak bomba keluar, ramai orang yang menonton video ini fikir kejadian burung itu sebagai sesuatu yang misteri.

Harap semua yang membaca mengambil iktibar untuk tidak melepaskan layang-layang bertebaran agar kejadian seperti ini tidak terjadi lagi. Kesian burung tu tersangkat dek kerana tali layang-layang yang bebas berterbangan.

Kredit: Kosmo | Facebook Otai Johor

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Sumaiyah Salleh
Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas