Connect with us

Oh! Media

Burung Kakak Tua Kantoikan Suami Jalin Hubungan Sulit Bersama Pembantu Rumah?

Burung kakak tua

Trending

Burung Kakak Tua Kantoikan Suami Jalin Hubungan Sulit Bersama Pembantu Rumah?

Rasanya semua tahu yang burung kakak tua boleh bercakap kan? Sebenarnya mereka tidak pandai bercakap, tapi mereka pandai meniru perkataan atau bunyi yang dikeluarkan oleh manusia.

ADVERTISEMENT

BACA : Suka Mencarut, Burung Kakak Tua Terpaksa Diasingkan Semula

Apa yang mengejutkan, seekor burung kakak tua yang juga merupakan haiwan peliharaan seorang wanita di Kuwaait ‘mendedahkan’ kepada majikan bahawa suaminya ada menjalinkan hubungan sulit bersama pembantu rumah.

Menurut laporan Kosmo, burung itu pada awalnya telahpun ungkapkan kata-kata yang ‘sweet’ kepada majikannya itu sejak tahun 2016 dan kata-kata itu sama sekali tidak pernah wanita itu dengar dari si suami.

Si majikan mula rasa curiga sebelum mendapati bahawa kata-kata ‘sweet’ yang diungkapkan burung itu rupanya adalah kata-kata dari si suami kepada pembantu rumahnya.

Wanita berkenaan terus membuat laporan polis dan bawa sekali burung kakak tua itu sebagai bukti. Sebelum itu, dia sudah mula syak bahawa si suami melakukan hubungan sulit kerana gugup setiap kali pulang awal dari kerja.

Baguslah burung ni, kalau tidak sampai bilalah agaknya si majikan dia tu nak tahu perkara sebenar kan? 

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas