Connect with us

Oh! Media

Trending

“Bukan Keputusan Yang Baik Untuk Kami Tapi..” – TMJ Luah Penghargaan Buat Shukor Adan

Kejayaan Kuala Lumpur City FC (KL City) menjulang trofi Piala Malaysia sekaligus menamatkan kemarau selama 32 tahun menjadi momen paling indah buat peminat bola sepak tanah air.

Sudah menjadi adat permainan, pasti ada pasukan yang kalah dan pasukan yang menang. Apa yang paling penting adalah semangat kesukanan yang ada dalam diri masing-masing.

IKLAN

BACA: Diusik Peminat Selepas Kekalahan JDT, Jawapan ‘Deep’ TMJ Buat Ramai Terdiam

Meskipun keputusan perlawanan semalam tidak berpihak kepada Johor Darul Ta’zim (JDT), pemilik kelab itu, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim meluahkan rasa penghargaan dan gembira buat pemain KL City, Shukor Adan.

Menerusi hantaran itu, TMJ turut berkata, perjalanan karier pemain lagenda itu sangat hebat dan mengagumkan.

Mendapat lebih 2,000 retweet dan 9,000 likes, orang ramai memuji semangat kesukanan yang ditonjolkan TMJ. Mereka turut gembira apabila pemain tersebut mendapat hadiah paling bermakna untuk persaraannya yang pasti akan dikenang sepanjang zaman.

Sebagai peminat bola sepak, mereka berterima kasih kepada pemain professional negara itu kerana telah menunjukkan perjalanan kerjaya yang berwarna-warni.

Kredit: Twitter HRHJohorII

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas