Connect with us

Oh! Media

Diusik Peminat Selepas Kekalahan JDT, Jawapan ‘Deep’ TMJ Buat Ramai Terdiam

Trending

Diusik Peminat Selepas Kekalahan JDT, Jawapan ‘Deep’ TMJ Buat Ramai Terdiam

Kemenangan penuh bersejarah! Itulah reaksi yang layak digambarkan selepas pasukan Kuala Lumpur City (KL City) berjaya menjulang trofi Piala Malaysia buat kali keempat dalam sejarah kelab tersebut.

ADVERTISEMENT

BACA: KL City Cipta Dua Detik Bersejarah, Reaksi Sanusi Pula Tarik Perhatian Ramai

Namun yang menjadi perhatian adalah usaha pasukan itu bagi memastikan kejuaraan selepas menamatkan kemarau selama 32 tahun untuk membawa pulang piala tersebut.

Lebih manis lagi, pasukan The City Boys juga bakal diberikan slot automatik untuk beraksi dalam Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada musim hadapan.

Peminat ‘usik’ kekalahan JDT, TMJ beri respon balas

Dalam kemenangan itu, sudah pastinya akan meninggalkan kesan yang mendalam buat penyokong kedua-dua pasukan serta peminat dari kelab yang lain.

Mana tidaknya, menerusi tinjauan Oh! Media pada laman sosial media juga mendapati ramai netizen gemar ‘mengusik’ antara satu sama lain walaupun perlawanan tersebut sudah berakhir.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah tindakan daripada seorang pengguna laman Twitter apabila sengaja menimbulkan kemarahan serta ‘mengusik’ pemilik Kelab JDT, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Menerusi ciapannya, dia dilihat mentertawakan pasukan TMJ tersebut selepas tewas kepada KL City selain turut menanda nama baginda.

Tidak berdiam diri, TMJ dilihat terus membalas ciapan itu dengan penuh tenang serta terpaksa mengaitkan segala kejuaraan Harimau Selatan bagi memberikan ‘pengajaran’ kepada pemuda tersebut.

Encik, esok pagi saya masih Tunku Mahkota Johor (TMJ), masih mempunyai wang, 18 piala dalam masa lapan tahun.

Allah kurniakan saya dengan empat orang anak dan isteri, anda boleh ketawa hari ini atau sementara tetapi saya ketawa pada hari-hari berikutnya, Saya bersyukur kerana diberkati.

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen dilihat turut mengecam tindakan individu tersebut selain memuji reaksi tenang yang ditunjukkan TMJ.

Kredit: Twitter khairizulfadhli dan TMJ

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas