Connect with us

Oh! Media

Botol Bocor Sampai Minyak Tumpah, Ini Sebab Khairul Aming Tak Guna Kotak ‘Extra’ Untuk Bungkus Sambal Nyet

Trending

Botol Bocor Sampai Minyak Tumpah, Ini Sebab Khairul Aming Tak Guna Kotak ‘Extra’ Untuk Bungkus Sambal Nyet

Hari ini tular di media sosial seorang pengguna TikTok menegur packaging sambal Nyet keluaran Khairul Aming yang dipercayai bocor ketika proses penghantaran.

ADVERTISEMENT

Dapat dilihat plastik yang membaluti botol kaca Sambal Nyet berminyak membuatkan pembeli meragui sama ada kualiti sambal akan terjejas.

BACA: “Kena Improve Ni”, Sambal Nyet Khairulaming Dikritik Buat Pertama Kali?

Tidak hanya mendiamkan diri, usahawan Khairul Aming tampil memohon maaf di atas kesulitan itu dan berjanji akan menggantikan dengan sambal yang baru.

Usahawan muda ini turut memberi respon kepada cadangan pengguna supaya pihaknya menggunakan kotak tambahan untuk memastikan parcel lebih selamat.

@khairulaming Ini penjelasan kenapa kita tak pakai extra kotak untuk sambal nyet. Maaf di atas kebocoran sambal dan terima kasih @CikguSamm| Coach Biz & Produk for the feedback! 😊 #makanlokal #sambalnyet ♬ original sound – Khairulaming

Jelasnya, sebelum ini pihaknya ada terfikir untuk melakukan perkara yang sama tapi tak jadi buat disebabkan empat faktor.

Faktor pertama disebabkan failure rate yang rendah.

Katanya, berdasarkan data yang dah dikumpul, dalam seminggu pihaknya menjual lebih kurang 25,000 botol sambal Nyet.

Setakat ini jarang ada isu leaking terjadi dan jika ianya terjadi ianya hanyalah 2-3 botol seminggu. Disebabkan peratusan yang terlalu rendah, pihaknya tak jadi tambah kotak tambahan dari segi pembungkusan.

@cikgusamm Mmmm.. kena improve ni #cikgusamm #cikgusammtips #packaging #sambal #sambalpenyet #khairulaming #khairulamingrecipe @Khairulaming ♬ Feeling Happy ( Positive Upbeat ) – PIANissimO

Faktor seterusnya ada kekangan masa. Untuk satu parcel siap dibungkus pihaknya mengambil masa 1 minit dan 5 saat dan jika kotak ditambah ianya sudah tentu mengambil masa yang lebih lama dan menjejaskan proses pembungkusan secara keseluruhan.

Faktor yang ketiga adalah kos. Untuk satu kotak kos diperlukan dalam anggaran 30 sen, 50 sen dan RM1 bergantung kepada saiz. 25,000 sambal dijual seminggu bersamaan dengan 13,000 parcel. Ianya akan menjadi satu pembaziran jika dibandingkan dengan failure rate yang rendah.

Faktor terakhir adalah untuk memudahkan kerja-kerja abang penghantaran untuk memegang parcel ketika scan barang dan sebagainya.

Menurut Khairul Aming ini, pelanggan yang menghadapi masalah botol bocor boleh menghubungi customer service dan pihaknya akan menggantikan dengan yang baru.

Kredit: TikTok Khairul Aming

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas