Connect with us

Oh! Media

“Bila Kantoi Ada Ke Orang Tua Akan Diam Diri?” – Wanita Dakwa Mangsa Dan Penceramah Kenal Di IG

Penceramah

Trending

“Bila Kantoi Ada Ke Orang Tua Akan Diam Diri?” – Wanita Dakwa Mangsa Dan Penceramah Kenal Di IG

Semalam, media melaporkan seorang penceramah bebas ditahan reman selama 5 hari untuk membantu siasatan kes rogol melibatkan remaja 14 tahun.

Dalam laporan itu, suspek dan mangsa dikatakan sudah beberapa kali melakukan hubungan intim di lokasi berbeza.

BACA: Beberapa Kali Buat Hubungan Intim, Penceramah Bebas Didakwa Rogol Remaja

IKLAN

Di TikTok, seorang wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai rakan baik kepada ibu bapa mangsa mendakwa suspek dan mangsa mula berkenalan di Instagram.

Dakwanya, pada mulanya mangsa menghantar mesej di Instagram untuk bertanyakan mengenai agama, sehinggalah mereka bertukar nombor telefon dan diumpan untuk keluar makan.

Remaja
Remaja1

Wanita ini mendakwa, budak mentah seperti mangsa sudah tentu berasa seronok apabila diajak keluar bersama orang yang terkenal.

Wanita ini turut menjawab mengenai laporan yang mendakwa suspek dan mangsa sudah beberapa kali melakukan hubungan intim.

Untuk pengetahuan semua, kes pada mulanya memang suka sama suka. Mungkin sebab itu boleh jadinya berkali-kali. Tapi bila kantoi dengan family ada ke orang tua yang akan berdiam diri daripada tuntut keadilan?

Dakwa wanita yang menggunakan akaun TikTok @qayqay, remaja berumur 14 tahun sepatutnya diajar untuk menjauhi larangan agama bukannya melakukan perkara tidak sepatutnya.

Remaja2

Wanita ini turut mengaku kedua-dua pihak bersalah dalam hal ini dan menyerahkan siasatan kepada pihak berkuasa.

Kredit: TikTok qayqay @omyqay

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas