Connect with us

Oh! Media

Beberapa Kali Buat Hubungan Intim, Penceramah Bebas Didakwa Rogol Remaja

Trending

Beberapa Kali Buat Hubungan Intim, Penceramah Bebas Didakwa Rogol Remaja

Seorang penceramah bebas berusia 30-an ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan kes rogol remaja perempuan 14 tahun.

ADVERTISEMENT

BACA: Penceramah Bebas Ditahan, Tergamak Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak Rakan

Menerusi laporan Harian Metro, Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi Subramaniam berkata, pengadu membuat laporan polis mengenai kejadian pada 16 Julai lalu pada pukul 11.15 malam.

Hasil siasatan awal, mangsa didapati berkenalan dengan suspek pada Mei tahun lalu. Sejak daripada perkenalan itu, mereka didakwa beberapa kali melakukan hubungan intim.

Bermula daripada perkenalan tersebut, pengadu dan suspek telah beberapa kali melakukan hubungan intim di beberapa lokasi yang berbeza.

Bertindak di atas aduan itu, suspek telah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor pada 4.50 petang semalam.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Tambah Sasikala lagi, setakat ini, empat kertas siasatan telah dibuka melibatkan pengadu yang sama iaitu dua di Selangor, satu di Kuala Lumpur dan satu di Perak.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas