Connect with us

Oh! Media

“Bertaubatlah Sementara Hidup” – Hakim Nasihat Warga Emas Berhenti Palsukan Dokumen

Trending

“Bertaubatlah Sementara Hidup” – Hakim Nasihat Warga Emas Berhenti Palsukan Dokumen

Setiap orang boleh lakukan kesalahan sama ada muda mahupun sudah tua. Hari ini, seorang warga emas telah dihukum penjara atas kesalahan memalsukan dokumen pindah milik tanah.

ADVERTISEMENT

BACA: “Eloklah Bertaubat Sebelum..”, Mufti Tegur Wanita Selamba Pakai Ihram Depan Kaabah

Hakim Mahkamah Sesyen, Hakim Rozilah Salleh menasihati kepada warga emas tersebut, Ibrahim Mahidin agar bertaubat sebelum menjatuhkan hukuman penjara kepadanya pada hari ini.

Bukan muda lagi

Warga emas tersebut telah mengaku bersalah atas empat tuduhan melakukan dokumen palsu pindah milik tanah serta menggunakan cap jari orang yang telah meninggal dunia.

Sebagai seorang Muslim, kita akan diadili di akhirat dengan lebih tepat. Bertaubatlah sementara hidup. Pengadilan di akhirat adalah lebih berat. – Hakim Rozilah Salleh

Hakim telah menjatuhkan hukuman kepada tertuduh dengan penjara selama satu tahun bagi setiap pertuduhan dan telah memerintahkan hukuman tersebut dijalankan serentak bermula hari ini.

Kredit: Bernama

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas