Connect with us

Oh! Media

“Eloklah Bertaubat Sebelum..”, Mufti Tegur Wanita Selamba Pakai Ihram Depan Kaabah

Pengkid pergi umrah

Trending

“Eloklah Bertaubat Sebelum..”, Mufti Tegur Wanita Selamba Pakai Ihram Depan Kaabah

Kecoh di media sosial mengenai seorang wanita yang memakai ihram iaitu pakaian bagi seorang lelaki untuk menunaikan umrah. Allahu..

ADVERTISEMENT

BACA : Wanita Dedah Bekas ‘Teman Lelaki’ Atau Pengkid Selamba Pergi Umrah Pakai Ihram, Siap Tunjuk Kaabah

Menurut laporan Berita Harian, perkara tersebut mendapat perhatian Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor yang meminta individu tersebut untuk segera bertaubat.

Golongan yang suka mempermainkan agama sebegini eloklah bertaubat daripada perbuatan sia-sia sementara Allah SWT masih memberi peluang untuk mereka kembali ke jalan yang benar.

Jelas beliau lagi bahawa perbuatan mempersenda dan mempermainkan agama adalah sifat orang munafik yang diancam di dalam al-Quran dengan seksaan neraka yang dahsyat di akhirat kelak.

Sesiapa melakukan tindakan sedemikian sesungguhnya telah kufur sebab dikira dia memandang ringan kepada agamanya.

Keimanan menuntut seseorang mengagungkan serta menghormati Allah, Rasul dan agama-Nya, sedangkan mereka meringan-ringankan kesemua ini.

Katanya lagi, sejak zaman Rasulullah SAW lagi sudah ada golongan yang mempersendakan agama Islam dan menjadikannya bahan mainan.

Sebenarnya mereka ini hanya memudaratkan diri sendiri sedangkan agama Islam sedikitpun tidak terjejas oleh tindakan sedemikian.

Kita sesama islam perlu mengingatkan sesama kita supaya tak jauh tersimpang dari jalan yang sepatutnya.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas