Connect with us

Trending

Bersembang Sekejap Di Parkir Motosikal, Rider Dikompaun Setelah Baru Pulang Dari Kerja

Baru-baru ini tular di media sosial di mana seorang pengguna meluahkan rasa tidak puas hati apa apabila adiknya yang bekerja sebagai penghantar makanan baru pulang dari kerja dikompaun di parkir motosikal Projek Perumahan Rakyat (PPR) Wangsa Maju.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superitendan Ashari Abu Samah berkata, pihak polis mengesan video itu setelah tular melalui aplikasi Twitter.

IKLAN

Menurutnya, hasil semakan mendapati kejadian berlaku jam 8.30 malam semalam, sewaktu Team Pematuhan Op Covid-19 yang terdiri daripada pihak polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membuat pemantauan di sebuah PPR.

“Team Pematuhan mendapati dua remaja sedang melepak di atas motosikal tanpa menghiraukan kehadiran team terbabit yang sedang membuat pemantauan di kawasan itu.

“Sewaktu disoal oleh pegawai Team Pematuhan, mereka memberikan alasan hanya duduk dan makan roti di parkir itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

https://twitter.com/rashidahredz/status/1406259106831237126

Ashari berkata, kesalahan yang dikenakan ke atas remaja berkenaan mengikut Peraturan 17, Akta 342 di atas kesalahan lain-lain aktiviti yang tidak dibenarkan iaitu berkumpul.

“Orang ramai dinasihatkan untuk bekerjasama mematuhi prosedur operasi standard (SOP) supaya penularan rantaian Covid-19 dapat diputuskan secepat yang mungkin.

“Tindakan tidak bertanggungjawab segelintir masyarakat yang dengan sengaja melanggar SOP dan tidak menjaga penjarakan sosial boleh menyebabkan penularan wabak Covid-19 dalam kalangan masyarakat sukar dibendung,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau pertanyaan boleh menghubungi Hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju di talian 03-9289 9222 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

Kredit : HarianMetro dan Rashidahredz

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas