Connect with us

Oh! Media

berjodoh

Trending

Berjodoh Dengan Orang Yang Dibenci?

Orang dahulu kala sering berpesan supaya kita jangan terlalu membenci seseorang, kerana perasaan benci itu akan bertukar menjadi sayang dan mungkin boleh berjodoh dengan orang yang dibenci itu.

BACA: Kahwini Jejaka Australia, Wanita Indonesia Terima Mas Kahwin RM1.5 Juta

IKLAN

Seorang wanita dan lelaki di Jakarta berjaya diijab kabulkan walaupun mereka dahulu pernah membenci antara satu sama lain.

Hubungan sering terputus

berjodoh
Rifa dan Aryo (Foto: Kosmo)

Menurut Kosmo, pengantin perempuan, Rifa Azizah Maizan mengatakan bahawa dia dan suaminya, Aryo Adi Prabowo telah mula mengenali dan saling membenci sejak tahun 2012.

Saya benci akan sikap dan penampilannya pada waktu itu. Suami saya merupakan rakan kepada sahabat saya, Ryka dan dialah yang memperkenalkan kami berdua.

Kami pernah bercinta hampir dua tahun, namun hubungan itu sering terputus, bertengkar dan disambung kembali berulang kali. – Rifa

Rifa juga mengatakan bahawa pada tahun 2015, terjadi satu konflik yang membuatkan mereka berdua terputus hubungan selama enam bulan.

Namun, tahun 2016 merupakan titik permulaan bagi Rifa dan Aryo apabila Aryo meninggalkan komen di salah satu gambar yang dimuat naik oleh Rifa di media sosial.

Dia meminta saya agar berhati-hati sambil meninggalkan simbol berbentuk hati pada komen tersebut. Bermula dari situ, hubungan kami kembali bertaut. – Rifa

Rifa dan Aryo berjaya menyatukan hati mereka sebagai pasangan sah suami isteri pada Februari 2020. Aryo telah menghantar rombongan merisik dan mengikat Rifa sebagai tunangnya pada tahun 2019.

Jodoh merupakan rahsia Tuhan yang paling indah. Kadang, orang yang paling kita tidak sangka itulah yang akan menjadi jodoh kita. Jadi, janganlah simpan rasa benci terlalu dalam kepada seseorang kerana rasa itu boleh bertukar menjadi cinta. Semoga semua yang baca ni bertemu dengan jodoh yang baik-baik.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ke Atas