Connect with us

Oh! Media

Kahwini Jejaka Australia, Wanita Indonesia Terima Mas Kahwin RM1.5 Juta

mas kahwin RM1.5 juta

Oh! Tidak

Kahwini Jejaka Australia, Wanita Indonesia Terima Mas Kahwin RM1.5 Juta

Seorang pengantin perempuan menjadi bualan ramai apabila dia menerima mas kahwin RM1.5 juta atau sebanyak 5 billion rupiah Indonesia.

ADVERTISEMENT

BACA: Gadis Comel Berusia 20 Tahun Sudi Hidup Bersama Lelaki 70 Tahun Dengan Jumlah Mas Kahwin RM2.75 Juta

Pengantin wanita ini berasal dari bandar Cilegon dalam wilayah Banten telah mengahwini seorang lelaki dari Australia.

Bahaya kalau ibu mentua nampak

Video dari instagram info_cilegon

Menerusi video di atas, pasangan pengantin memakai busana lengkap tradisional Indonesia berwarna putih dan melangsungkan hari pernikahan mereka di Banten, Kebon Sengon Sari Kuring.

Jelas di dalam video, pengantin lelaki menyebut mas kahwin 125 gram logam mulia dan 500 ribu dolar Australia dibayar tunai.

Menerusi laman instagram info_cilegon, admin mengatakan bahawa jangan biarkan video ini sampai ke calon mentua, kerana bahaya kalau ada yang mahu meminang, akan dibandingkan dengan mas kahwin yang diberikan oleh lelaki Australia ini.

Ada juga yang memberi komen, tidak memerlukan mas kahwin sebanyak 500 ribu dolar Australia, yang diperlukan hanya seorang lelaki yang boleh membahagiakan sehingga ke tua.

Rata-rata netizen mengatakan wanita ini sangat bertuah. Apa-apa pun, nak nikah ni kita ukur baju di badan sendiri. Yang penting, pasangan kita boleh beri tanggungjawab sepenuhnya lepas kahwin nanti. Selamat memilih pasangan!

Kredit: Info_Cilegon

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat serta membuka peluang kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mengetahui isu semasa dengan lebih pantas.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top