
Trending
Berang Kelab Tersingkir, Penyokong Kelab Saint-Ettiene Bertempur Dengan Polis
Oleh
AJ Auxerre berjaya kembali semula ke kancah Ligue 1 selepas 10 tahun apabila mereka mengalahkan juara 10 kali, Saint-Ettiene menerusi penentuan sepakan penalti pada perlawanan play-off pagi tadi.
BACA: #MAHKAMAHNETIZEN “Berhak Guna Nama Harimau, Yang Lain Tu Kucing”- ‘Speedy Tigers’ Ikat Korea Selatan
Sebelum ini, Saint-Etienne yang menduduki tangga ketiga tercorot di Ligue 1, mencatat keputusan seri 1-1 dalam perlawanan pertama play-off menentang Auxerre yang beraksi di Ligue 2.
Perlawanan timbal balik yang diadakan di Stade Geoffroy-Guichard juga berakhir dengan keputusan seti 1-1 selepas pemain Saint-Etienne, Mahdi Camara memadam kelebihan jaringan awal yang dibuat pemain AJ Auxerre, Hamza Sakhi.
Keputusan perlawanan kemudiannya terpaksa ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti yang memihak kepada Auxerre dengan keputusan 5-4 selepas penjaga golnya, Donovan Leon menyelamatkan sepakan Ryad Boudebouz.
Sebaik saja Birama Toure menyempurnakan penalti terakhir buat AJ Auxerre, penyokong Saint-Etienne yang marah dengan keputusan itu terus menyerbu masuk ke arah padang dan membaling suar ke arah tempat duduk pegawai.
Kredit: Metro Online
