Connect with us

Oh! Media

#MAHKAMAHNETIZEN “Berhak Guna Nama Harimau, Yang Lain Tu Kucing”- ‘Speedy Tigers’ Ikat Korea Selatan

speedy tigers

Trending

#MAHKAMAHNETIZEN “Berhak Guna Nama Harimau, Yang Lain Tu Kucing”- ‘Speedy Tigers’ Ikat Korea Selatan

“Kebanggaan Rakyat Malaysia, anda berhak menggunakan nama tiger, yang lain tu sepatutnya guna gelaran cat..”, itulah antara komen netizen yang dapat kita lihat selepas pasukan hoki negara “Speedy Tigers” berjaya tampilkan aksi cemerlang.

ADVERTISEMENT

Dalam #MAHKAMAHNETIZEN hari ini, kami di Ohmedia tertarik dengan reaksi rakyat Malaysia selepas skuad hoki negara layak ke Hoki Piala Dunia 2023. Kita sebenarnya sudah penat melihat aksi longlai pasukan bola sepak negara yang sehingga ke hari ini masih gagal layak ke piala dunia.

Disebabkan itu kita perlu rasa bangga dengan semangat juang pasukan hoki negara dan sepatutnya mendapat sokongan lebih padu berbanding bola sepak.

Dalam perlawanan malam tadi, skuad hoki negara berjaya mengikat pasukan Korea Selatan 2-2 dalam saingan pembukaan Super 4 di Kejohanan Hoki Piala Asia 2022 Jakarta, Indonesia.

Malaysia ikat Korea Selatan 2-2 di Super Four - Sports247

Mohamad Ashran Hamsani menjadi wira apabila berjaya menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua. Ini sekaligus menggagalkan cubaan Korea Selatan membalas dendam selepas kalah 4-5 dalam aksi Kumpulan B, Selasa lepas.

Pemain tunjukkan usaha tinggi dalam mengusai permainan dan mengawal bola yang okey bagi saya tetapi saya kecewa kerana kami melakukan kesilapan mudah dengan memberikan pukulan sudut penalti yang memberikan Korea Selatan peluang menyamakan kedudukan 1-1 di peringkat awal permainan. – Kata Arul Selvaraj.

Tiada artis nak kahwin dengan pemain hoki?

Hoki layak piala dunia, bola sepak?

Sorotan perlawanan hoki Malaysia vs Korea Selatan

Kredit: Malaysiagazette

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas