Connect with us

Oh! Media

Bentong Bypass Dibuka Secara Rasmi Hari Ini, Perjalanan Jimat 25 Minit

Trending

Bentong Bypass Dibuka Secara Rasmi Hari Ini, Perjalanan Jimat 25 Minit

Setiap kali musim perayaan atau cuti sekolah, bandar Bentong, Pahang akan mengalami kesesakan lalu lintas yang luar biasa. Kesesakan yang berlaku menyebabkan masa perjalanan menjadi semakin panjang.

ADVERTISEMENT

BACA: Jumlah Kenderaan Ke Pantai Timur Dijangka Sehingga 160,000 Apabila Rentas Negeri Dibenarkan

Masalah ini nampaknya bakal berakhir apabila laluan jalan ‘bypass’ Bentong Central Spine Road (CSR) dari Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) ke Lebu secara rasminya dibuka hari ini.

bypass bentong

Selepas ini, pengguna jalan raya yang datang dari Kuala Lumpur atau Kuantan sudah tidak perlu memasuki bandar Bentong untuk ke Raub, Lipis, dan Kelantan.

Memetik laporan Kosmo! pembukaan laluan melibatkan Seksyen 5C dan 5D sepanjang 28.5 kilometer itu telah disempurnakan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Menurut Fadillah, berdasarkan kajian, projek ini dapat memendekkan jarak perjalanan dan menjimatkan masa daripada 45 minit kepada 20 minit.

Projek ini juga akan meningkatkan aksesibiliti dan mobiliti pengguna ke pantai timur dan mampu menjana ekonomi di kawasan Pahang barat khususnya kepada sektor pelancongan dan industri kecil dan sederhana.

Jelasnya lagi, laluan Seksyen 5C dan 5D yang dibuka hari ini bermula daripada persimpangan LPT 1 sehingga ke persimpangan Lebu di Mempaga sejauh 28.5 kilometer.

Tambah beliau lagi, pembinaan keseluruhan jajaran Lebuh Raya CSR dari Kuala Krai, Kelantan ke Bentong dijangka siap sepenuhnya pada 2026 manakala laluan sambungan dari Lebu ke Raub dijangka siap selewat-lewatnya pada 2023.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

30 Hari Paling Trending

Ke Atas