Connect with us

Oh! Media

Jumlah Kenderaan Ke Pantai Timur Dijangka Sehingga 160,000 Apabila Rentas Negeri Dibenarkan

Rentas negeri

Oh! Tidak

Jumlah Kenderaan Ke Pantai Timur Dijangka Sehingga 160,000 Apabila Rentas Negeri Dibenarkan

Mesti ramai yang dah rancang untuk balik ke kampung dan sebagainya apabila rentas negeri dibenarkan nanti kan? Oleh sebab itu, jumlah kenderaan menuju ke pantai timur dijangka sebanyak 150,000 ke 150,000 sehari. 

ADVERTISEMENT

BACA : “Lakukan Ujian Saringan Lebih Kerap Bila Rentas Negeri Dibenarkan Nanti” – KJ

Menurut laporan Berita Harian, perkara itu dijangka apabila orang ramai, takbah lagi yang berada di Lembang Klang mengambil kesempatan untuk balik ke kampung dan perkara ini dikatakan sendiri oleh Ketua Operasi dan Penyelenggaraan ANIH Berhad, Ainul Hasri Shah Abu Hassan.

Bagi kami, sudah tentu akan melakukan persediaan pembukaan rentas negeri ini dan masing-masing 13 tol di plaza tol timur dan barat juga mencukupi dalam menangani pertambahan kenderaan ini.

Bagaimanapun kita jangkakan rentas negeri kali ini akan berjalan lancar susulan lebuh raya Central Spine Road (CSR) dari Bentong ke Gua Musang (laluan Pantai Timur) dijangka mula dibuka nanti.

Apapun, korang dinasihatkan supaya merancang perjalanan termasuklah siap sedia menambah nilai Touch N Go terlebih dahulu. 

Katanya juga, sekatan jalan raya oleh pihak berkuasa diharap akan dibuka kerana ianya merupakan salah satu faktor terjadinya kesesakan lalu lintas.

Walaubagaimanapun, tarikh kebenaran untuk rentas negeri masih belum diumumkan lagi. Apapun, jangan lupa untuk sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan untuk mengurangkan risiko dari dijangkiti wabak yang melanda.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas