Connect with us

Oh! Media

Trending

“Benda Ni I Tahu Bila..” – Usahawan Dakwa Dibuang Syer Syarikat Sejak 2018?

Baru-baru, seorang usahawan dan juga influencer, Nuramirah mendedahkan mengalami tekanan akibat masalah rumah tangga yang tidak berkesudahan.

Dakwa usahawan ini, dia telah menuntut cerai secara hakam namun tidak mendapat kerjasama baik daripada suaminya.

IKLAN

Lebih mengejutkan apabila ibu kepada dua anak ini mendakwa dia telah digugurkan daripada memegang saham dalam syarikat yang dulunya bersama.

BACA: Suami Buang Dari Syarikat Sendiri? Peguam Jelaskan Hak Isteri

Dakwaan yang dibuat sudah tentu menimbulkan pelbagai reaksi orang ramai. Rata-rata meluahkan rasa simpati dan memberi dorongan kepadanya agar sentiasa kuat menempuhi ujian.

Berterima kasih di atas sokongan orang ramai, Nuramirah meminta maaf dan mengakui keadaan mentalnya tidak baik buat masa sekarang.

Dakwa Nuramirah, dia digugurkan daripada memegang saham pada tahun 2018 lagi. Ketika itu, dia sedang mengandungkan anak keduanya iaitu Asytar.

Nuramirah berkata, dia baru mendapat tahu mengenai hal ini apabila meminta peguam menyemak hak di atas namanya.

usahawan
usahawan

Jelas wanita ini lagi, dia sehingga kini tidak dapat menerima diperlakukan sedemikian. Tambahan pula apabila tuntutan untuk berpisah tidak mendapat kerjasama baik.

Kredit: Instagram Nuramirah11

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas