Connect with us

Oh! Media

“Belum Cukup Lagikah Ujian Covid?” – Ustaz Ahmad Dusuki Kecewa Ramai Sanggup Beratur Demi Konsert

Dusuki

Trending

“Belum Cukup Lagikah Ujian Covid?” – Ustaz Ahmad Dusuki Kecewa Ramai Sanggup Beratur Demi Konsert

Penangan konsert Billie Eilish Happier Than Ever The World Tour 2022, ada peminat yang sanggup beratur di luar Stadium Nasional Bukit Jalil bermula jam 5 pagi.

Difahamkan, peminat yang membeli tiket di standing zone berebut untuk mendapatkan tempat terbaik bagi menonton konsert tersebut. Patutlah mereka sanggup tunggu berejam di situ!

BACA: Demi Konsert Billie Eilish Malam Ini, Peminat Mula Beratur Seawal 5 Pagi, Geng Bermalam Pun Ada

IKLAN

Perkara itu ternyata telah mengundang rasa kecewa pendakwah bebas, Ustaz Ahmad Dusuki. Menerusi satu perkongsian di Facebook, penceramah ini menegaskan dunia bukanlah tempat untuk manusia menghambakan diri kepada hiburan atau makhluk.

Jelasnya dunia adalah tempat ujian di mana Allah SWT menjanjikan ganjaran akhirat. Beliau turut mempersoalkan adakah ujian Covid-19 yang menimpa baru-baru ini tidak cukup menjadi pengajaran penting kepada kita semua.

Beliau turut bertanya adakah tekanan ekonomi yang semakin menyesakkan tidak menjadi peringatan dalam perjalanan hidup kini.

Semoga kita semua dapat mengambil teguran ini dengan hati yang terbuka. Tak salah saling ingat mengingati ke arah kebaikan kan?

Konsert1a
Konsert2a
Konsert3a

Kredit: Facebook Ustaz Ahmad Dusuki

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas