Connect with us

Oh! Media

Bella Astilah Terpaksa Mengalah Dengan Aliff Aziz Duduk Dalam Aircond

bella astilah

Oh! Artis

Bella Astilah Terpaksa Mengalah Dengan Aliff Aziz Duduk Dalam Aircond

Bella Astilah, pelakon dan penyanyi akui terpaksa mengalah dengan suaminya, Aliff Aziz untuk menghidupkan pendingin hawa sewaktu berada di dalam rumah kerana dia tidak tahan dengan cuaca yang panas.

ADVERTISEMENT

Malah, Bella juga berkata bukan sahaja suaminya, anak-anaknya iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna juga suka akan suasana sejuk dan dingin.

So far, saya memang tahan cuaca panas. Tapi Aliff tak boleh. Dia tak boleh tahan… Dia memang tak boleh tahan dengan keadaan panas.

Saya pula tak tahan sejuk! Memang ngamlah kami berdua. Seorang tak tahan panas, seorang lagi tak tahan sejuk.

Anak-anak pun sama, kuat sejuk. Dah pasang aircond, buka lagi kipas. Jadi saya terpaksa mengalah.

Bella berkongsi tentang perkara ini ketika ditemui pada majlis pelancaran cawangan ke-13 pusat karaoke Loud Speaker di pusat beli-belah Datum Jelatek, Kuala Lumpur.

Bella Astilah

Dalam pada itu, aktres itu turut berkongsi dia akan lebih berhati-hati dan selalu memantau aktiviti anak-anaknya, terutama sekali selepas Ayden pernah dimasukkan ke hospital akibat demam panas.

Seminggu sebelum raya, Ayden masuk hospital selama empat hari. Dia demam panas sampai kena sawan. Alhamdulillah, sehari sebelum Syawal tiba, dia dah dibenarkan untuk pulang. Cuma perancangan pulang ke Singapura dibatalkan, dan keluarga Aliff datang beraya bersama kami.

Selepas insiden ini, saya menjadi terlalu takut, terutama banyak kes. yang melibatkan kanak-kanak akibat uaca panas terjadi. Apa yang saya buat adalah pantau aktiviti Ayden selain memperbanyakkan minum air dan aktiviti indoor.

Sebelum ini, suami kepada Bella Astilah iaitu Aliff Aziz pernah terpalit dalam kontroversi isu rumah tangga bersama pelakon, Sophia Albarakbah.

BACA: Aliff Aziz Akui Khilaf Dan Lalai, Akur Permintaan Bella Astillah Untuk Tidak Berlakon Dengan Sophia

Kredit: Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas