Connect with us

Oh! Media

Bekas Tentera Hilang Sebelah Kaki, Tak Menyesal Demi Pertahankan Negara

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 08 16t201455357

Trending

Bekas Tentera Hilang Sebelah Kaki, Tak Menyesal Demi Pertahankan Negara

Dalam menjalankan tanggungjawab, seorang bekas tentera, Koperal (B) Sulaiman Maaraof tidak pernah menyesal kehilangan sebelah kakinya.

Menerusi laporan BERNAMA, Sulaiman yang kini berusia 72 tahun itu, terpaksa bergantung sepenuhnya pada kaki palsu akibat tekena jerangkap samar yang dipasang pengganas Komunis dalam Ops Bersih di Grik kira-kira 47 tahun yang lepas

Baginya, dia tidak pernah sama sekali menyesal atas apa yang berlaku terhadap dirinya. Malah, dia menjadikan ia sebagai satu tanda kebanggaan kerana dapat mempertahankan negara.

IKLAN

Beliau juga menganggap apa yang berlaku, tidaklah setanding dengan penderitaan sekiranya kebebasan negara kita dirampas dan terpaksa kembali ke zaman penjajah.

Sulaiman telah kehilangan kaki kanan sehingga paras lutut, katanya kejadian itu berlaku sekelip mata sahaja ketika dia sedang mengetuai pasukan untuk membuat rondaan di kawasan yang disyaki diduduki musuh.

Ketika rondaan, saya terpijak jerangkap samar sehingga terpelanting ke belakang, pada waktu itu hanya Tuhan sahaja yang tahu, saya sangka masa itu nyawa saya sudah sampai ke penghujung akibat pendarahan yang sangat teruk kerana kaki kanan sudah berkecai.


Namun Tuhan masih sayangkan saya lagi, Tuhan beri peluang untuk saya hidup dan menikmati hari tua bersama anak isteri dan cucu sehingga kini.

Sulaiman juga amat berterima kasih kepada rakannya Haji Dollah kerana mengambil tindakan pantas ketika kejadian itu berlaku dengan membalut kakinya sebelum membawanya lari keluar dari kawasan musuh itu.

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 08 16t201455357

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: BERNAMA


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nurul Fatin
Fatin merupakan bekas penulis separuh masa di Oh! Media, gemar menjelajah dunia dan berkongsi pengalaman serta pandangan uniknya melalui penulisan, memberikan inspirasi kepada pembaca untuk terus eksplorasi dunia.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas