Connect with us

Oh! Media

Bekas Ketua Ajaran Sesat PMYT Dijadual Bertaubat Esok

Sittah

Trending

Bekas Ketua Ajaran Sesat PMYT Dijadual Bertaubat Esok

Baru-baru ini, tular mengenai sebuah kumpulan ajaran sesat bernama Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) yang telah menghebohkan masyarakat.

BACA: Pusat Ibadat Ajaran Syiah Di Selangor Dikatakan Semakin Banyak

Menurut Kosmo, ketuanya yang dikenali sebagai Sittah Annur mendakwa akan berlaku Perang Dunia Ketiga serta memimpin pasukannya mencari Imam Mahdi untuk melawan musuh.

IKLAN

Selain itu, dia juga turut mendakwa telah bermimpi dengan Nabi Muhammad S.A.W yang memberikan ‘petunjuk’ berkaitan perang tersebut.

Namun, pada 3 September lalu, dia telah ditahan polis selepas serbuan dibuat dan membongkar penemuan dana sumbangan pengikutnya sebanyak RM84,721.42.

Copy of copy of copy of copy of copy of copy of copy of copy of copy of copy of copy of untitled design 2021 09 26t204103978
Sumber Google

Wanita itu bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis yang menunggu laporan daripada JAKIM mengenai kes tersebut.

Kes telah disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sittah Annur dijadual bertaubat esok

Memetik laporan Harian Metro, wanita berumur 39 tahun itu akan dijadualkan untuk bertaubat secara terbuka esok di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Majlis pengistyiharan taubat itu akan berlangsung di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam masjid dan akan disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook rasmi milik Jabatan Islam Selangor (Jais) pada jam 10 pagi.

Menurut sumber, majlis berkenaan akan dihadiri oleh Sittah atau nama sebenarnya Masitah Ab Jalar dan beberapa pengarah jabatan berkaitan.

Aturcara majlis itu akan dimulakan dengan bacaan doa oleh Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Ia kemudian disusuli Tausiyyah oleh Mufti Selangor, Datuk Dr. Anhar Opir dan pengisytiharan taubat Sittah Annur.

Majlis itu akan diakhiri dengan acara menandatangani Dokumen Penyaksian Pengisytiharan Taubat dan kebiasaannya, waran tangkap akan dibatalkan selepas perakuan taubat dibuat.

Selain itu, acara tersebut akan disaksikan oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz, dan Pengarah Jais, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad.

Kredit: Kosmo! I Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Oh! Podcast

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25

OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIsyah dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ke Atas