Trending
Bekas Ahli One Direction, Liam Payne Maut Jatuh Bangunan
Bekas ahli One Direction, Liam Payne dilaporkan telah meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat tiga sebuah hotel di Buenos Aires, Argentina ketika sedang bercuti, pada Rabu.
Sebelum kejadian berlaku, difahamkan pihak hotel sempat menghubungi pihak polis bagi melaporkan tentang tindakan agresif seorang tetamu lelaki yang merosakkan harta benda di dalam bilik tersebut dipercayai lelaki itu di bawah pengaruh alkohol.
Menerusi laporan CNN, ketika kejadian berlaku pihak pengurusan hotel masih belum mengetahui bilik tersebut didiami oleh Liam Payne.
Menurut pegawai perubatan, Liam telah mengalami kecederaan parah akibat terjatuh.
Mangsa mengalami cedera parah akibat terjatuh, tidak ada kemungkinan untuk resusitasi.
Pasukan kecemasan telah tiba di tempat kejadian tujuh minit selepas perkara itu dilaporkan. Ketika sampai, mereka mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.
Walaubagaimanapun, punca sebenar kejadian berlaku masih dalam siasatan.
Kumpulan one direction yang ditubuhkan pada tahun 2010 itu juga terdiri daripada ahli Zayn Malik, Harry Styles, Louis Tomlinson dan Nial Horan.
