Connect with us

Oh! Media

Isteri Jadi Saksi Suami Maut Dibaham Harimau

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 10 15t180059384

Trending

Isteri Jadi Saksi Suami Maut Dibaham Harimau

Seorang lelaki maut dipercayai telah dibaham harimau di kawasan hutan Bersia, Perak, hari ini.

Menurut Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris, pada jam 12 tengah hari mayat mangsa telah ditemui kira-kira 100 meter dari rumah kongsi tempat mangsa tinggal.

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira jam 5 ke 6 pagi ketika mangsa hendak pergi ke tandas.

IKLAN

Kejadian dipercayai berlaku antara jam 5 hingga 6 pagi tadi, yang mana semasa mangsa sedang ke tandas, isterinya terdengar bunyi harimau mengaum.

Menerusi laporan Harian Metro, dipercayai mangsa dan isterinya berada di kawasan tersebut untuk menjalankan aktiviti penerokaan hutan (pembalakan).

Ketika kejadian berlaku, isteri mangsa mendakwa dia telah mendengar bunyi ngauman harimau dan terkejut apabila mendapati suaminya itu telah diserang sebelum dibaham harimau.

Maklumat diterima berkaitan kejadian seorang lelaki tempatan dibaham harimau ketika hendak ke tandas di rumah kongsi Bagan Balak dengan perkara itu disaksikan isteri mangsa yang juga warga Thailand.

Wanita itu kemudiannya membuka pintu rumah kongsi mereka sebelum melihat seekor harimau mengheret mangsa ke arah semak.

Azizi berkata, laporan kejadian yang berlaku di Kilometer 79.2, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli diterima pada jam 8.25 pagi oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik.

Bertindak atas maklumat itu, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Polis Bersia dibantu pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik serta 10 anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) ke lokasi kejadian

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dijalankan telah berjaya menemukan mangsa sekitar pukul 12 tengah hari dengan kecederaan parah pada bahagian kaki kiri dan leher.

Pemeriksaan lanjut ke atas lelaki itu mendapati mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian.

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 10 15t180059384

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro | Kosmo


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nurul Fatin
Fatin merupakan bekas penulis separuh masa di Oh! Media, gemar menjelajah dunia dan berkongsi pengalaman serta pandangan uniknya melalui penulisan, memberikan inspirasi kepada pembaca untuk terus eksplorasi dunia.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas