Connect with us

Oh! Media

Bayi Dan Pelajar Tahfiz Antara Mangsa Tanah Runtuh

pelajar tahfiz

Trending

Bayi Dan Pelajar Tahfiz Antara Mangsa Tanah Runtuh

Pelajar tahfiz dan bayi merupakan mangsa kejadian tanah runtuh yang berlaku di Taman Dataran Ukay Hulu Kelang berdekatan Tahfiz Al-Munawwarah, Taman Melawati dan Jalan Bunga Anggerik Dataran Ukay, Hulu kelang.

ADVERTISEMENT

BACA: Tanah Runtuh, Lebuh Raya Karak-KL Terputus Hubungan

Menurut Kosmo, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak mengesahkan pasangan suami isteri bersama bayi serta 12 pelajar tahfiz terlibat dengan kejadian tanah runtuh itu.

Menyiasat sebab berlaku tanah runtuh

pelajar tahfiz

Menurut Mohamad Farouk, semua mangsa telah dipindahkan ke Dewan Kampung Kemensah.

Seramai empat anggota polis dengan bantuan lima anggota bomba dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) turut membuat kawalan serta pemantauan di lokasi kejadian.

Pihak polis juga sedang menyiasat kejadian tanah runtuh yang melibatkan Dataran Ukay. Selain itu, mereka juga menerima laporan paras air naik dan melimpah di kawasan Kampung Pinggir 3, Lembah Jaya Utara pada malam tadi.

Setakat ini semua jalan masih boleh dilalui kenderaan dan tiada penutupan jalan dilakukan.

Lepas satu tempat ke satu tempat ditimpa bencana tanah runtuh ini. Semoga Allah lindungi kita dan beri perlindungan dan keselamatan buat mereka yang berada di kawasan-kawasan dalam zon bahaya.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas