Connect with us

Oh! Media

Tanah Runtuh, Lebuh Raya Karak-KL Terputus Hubungan

tanah runtuh

Trending

Tanah Runtuh, Lebuh Raya Karak-KL Terputus Hubungan

Tanah runtuh yang berlaku di Kilometer 62.9 telah mengakibatkan laluan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) terputus hubungan.

ADVERTISEMENT

BACA: Lebuh Raya Persekutuan Ditenggelami Air, Ribuan Kenderaan Terkandas

Menerusi laporan Kosmo, terdapat beberapa kenderaan ditimpa runtuhan tanah akibat dari kejadian tersebut yang berlaku jam 11 malam tadi.

Pengguna jalan raya terkandas, tidak dapat patah balik

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd. Kahar telah mengesahkan berlakunya tanah runtuh di lebuh raya Kuala Lumpur-Karak dan mengakibatkan ramai pengguna jalan raya terkandas ekoran dari jalan yang telah penuh dinaiki air lebuh raya itu.

Saya sahkan dan kita dalam keadaan kelam kabut saya akan makluman perkembangan selepas ini.

Lebih mendukakan, bandar Bentong juga turut ditenggelami air yang naik secara tiba-tiba selepas air Sungai Bentong dan Sungai Benus melimpah. Keadaan ini telah membuat sebahagian penduduk terperangkap di dalam rumah dan menantikan bantuan bomba.

tanah runtuh

Air yang naik dengan begitu cepat telah membuatkan Azril, seorang penduduk Kampung Chegar Medang tidak sempat menyelamatkan barang-barang dan hanya mampu berlindung di tempat yang tinggi.

Pada masa ini kami hanya berkumpul di atas kawasan berbukit, saya tidak sempat selamatkan barang-barang saya kerana tidak sangka air dalam.

Semoga air akan semakin surut dan pihak atasan dapat memberikan perlindungan dengan cepat kepada mangsa-mangsa yang terlibat.

Sementara itu, diharapkan untuk semua penduduk yang berada berhampiran tempat-tempat yang terkesan untuk duduk di dalam rumah dan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas