Connect with us

Oh! Media

“Kenapa Kau Meracau Tadi?” – Wanita Meronta-Ronta Dalam Kereta Lepas ‘Barang’ Sihir Dibakar

a

Trending

“Kenapa Kau Meracau Tadi?” – Wanita Meronta-Ronta Dalam Kereta Lepas ‘Barang’ Sihir Dibakar

Jangan tak percaya, pada tahun 2022 ini masih ada segelintir orang yang mengambil jalan singkat menggunakan ilmu hitam atau sihir untuk menjatuhkan orang lain.

BACA: Wanita Kecewa Jadi Mangsa ‘Love Scam’, Siap Diugut Kena Sihir Kalau Minta Balik Wang

Seperti video tular di TikTok ini, seorang lelaki mendakwa telah menjumpai barang sihir di hadapan sebuah kedai. Perkongsian itu tular sekitar jam 11 malam tadi sehingga mendapat lebih 2.5 juta tontonan.

IKLAN

“Ini barang kau, betul tak?”

@ahboy_saiful89

mse dpt jumpe brg sihir setan belek setan kampret die

♬ original sound – AhBoy Saiful D’Meynez

Dalam perkongsian video yang dibuat pengguna TikTok @ahboy_saiful89 itu, kelihatan seorang wanita menjerit dan seolah-olah menahan kesakitan ketika barang tersebut dibakar.

Eh ini barang kau betul tak? Betul tak ni barang kau? Aku bakar barang kau ni. Kenapa kau meracau tadi? Barang kau ni kan?

Tengok. Dia cakap tadi bukan barang dia. Bila aku bakar tengok dia meronta-ronta. Dia tipu aku tadi, dia cakap bukan.

Meninjau ke ruangan komen, orang ramai dilihat memberikan pelbagai reaksi kepada video tersebut. Ada yang berkongsi pengalaman menjadi mangsa sihir akibat sifat iri hati.

Orang dengki sampai sihir bisnes

Screenshot 2022 04 07 at 111445

Bulan puasa yang kena ikat tu setan, bukannya jin

Screenshot 2022 04 07 at 111606
Screenshot 2022 04 07 at 111052

Namun begitu, setakat ini punca kejadian masih belum dapat dikenal pasti. Korang rasa kenapa?

Diharapkan kita dijauhkan daripada perkara syirik dan khurafat seperti ini lebih-lebih lagi di bulan Ramadan yang mulia ini.

Kredit: TikTok @ahboy_saiful89

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas