Connect with us

Oh! Media

Wanita Kecewa Jadi Mangsa ‘Love Scam’, Siap Diugut Kena Sihir Kalau Minta Balik Wang

Oh! Tidak

Wanita Kecewa Jadi Mangsa ‘Love Scam’, Siap Diugut Kena Sihir Kalau Minta Balik Wang

Baru-baru ini, Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA) telah mendedahkan taktik tidak masuk akal yang dibuat oleh individu tidak bertanggungjawab dalam sindiket Love Scam.

ADVERTISEMENT

BACA: Lelaki Rugi Setengah Juta Ditipu ‘Tengku’, Ugut Nak Sebar Video Bogel

Hal itu selepas menerima laporan daripada beberapa orang mangsa yang terperdaya dengan cinta palsu dalam talian itu sehingga kerugian ribuan ringgit.

Jika sebelum ini hanya menghilangkan diri selepas menipu orang ramai, terbaharu, mereka dikesan mengugut untuk menghantar ‘hadiah’ berbentuk sihir kepada mangsa jika masih lagi menghantar mesej kepadanya.

Mereka juga mendakwa mempunyai ilmu mengenai perkara ghaib menyebabkan mangsa berasa ketakutan jika ingin menuntut kembali wang atau perjanjian ingin berkahwin.

Wanita kecewa jadi mangsa ‘love scam sihir’

Bagaimanapun, seorang wanita berusia 30-an turut mendedahkan pengalaman buruknya menjadi mangsa Love Scam sehingga kerugian sebanyak RM5,000 serta diugut akan disihir oleh kekasih mayanya itu.

Menurutnya, dia mengenali lelaki tersebut menerusi laman sosial Facebook sebelum mereka kemudiannya menjadi rakan media sosial.

Pada awalnya, lelaki tersebut hanya bertanyakan khabar sahaja, Namun, selepas beberapa minggu, dia mula bercerita kisah sedih mengenai kesusahan hidupnya.

Dia mengakui mempunyai seorang anak yang perlukan rawatan segera dan memerlukan wang kira-kira RM6,000. Dia memberikan alasan perlu berkahwin jika ingin menamatkan kontrak kerja selama lima tahun.

Sepanjang berkenalan, saya pindahkan wang ke akaun bank diberikan sebanyak lima kali dan selepas itu saya menerima mesej yang dia ditangkap pihak berkuasa di negara jiran.

Menyedari dirinya ditipu, dia cuba untuk meminta kembali wangnya, namun dia mula diugut dengan ancaman sihir menerima gambar peralatan ilmu hitam daripada lelaki berkenaan.

Katanya, lelaki tersebut mengugut akan mengirimkan peralatan sihir itu jika dirinya berterusan meminta wangnya dikembalikan semula.

Alasan guna ilmu hitam hanya sebagai alasan

Berhubung dengan perkara itu, Presiden MCCA, Siraj Jalil mengakui taktik terbaharu itu hanyalah alasan mereka untuk terus mengelak dari diganggu mangsa.

Setakat ini, nilai kerugian membabitkan beberapa mangsa berjumlah hampir RM10,000 dan saya percaya lebih ramai yang belum tampil membuat laporan kerana malu atau takut dengan ugutan.

Tambahnya, hasil pemerhatian MCCA, golongan penipu itu dipercayai berasal dari negara jiran berdasarkan pada akaun bank yang digunakan mereka.

Bagaimanapun, sindiket ini lebih menyasarkan kaum wanita sebagai sasaran utama selepas melihat aduan yang dibuat daripada kalangan mereka adalah lebih tinggi berbanding lelaki.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Mohd Kamarudin Md Din, seramai 3,690 wanita dilaporkan menjadi mangsa dari tahun 2019 hingga Oktober 2021.

Oleh itu, beliau menasihati orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan cinta alam maya dan jangan sesekali mendedahkan maklumat peribadi kepada orang yang tidak dikenali.

Kredit: Harian Metro

Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat serta membuka peluang kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mengetahui isu semasa dengan lebih pantas.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas