Connect with us

Oh! Media

Bapa Meninggal 3 Jam Sebelum Nikah, Mata Sayu Pengantin Buat Netizen Sebak

Trending

Bapa Meninggal 3 Jam Sebelum Nikah, Mata Sayu Pengantin Buat Netizen Sebak

Hari pernikahan merupakan hari yang akan menjadi satu momen indah buat setiap bakal pengantin yang bakal mendirikan rumahtangga.

ADVERTISEMENT

BACA: (Video) Kenduri Kahwin Bertukar Tahlil, Bapa Pengantin Meninggal Seusai Pulang Dari Pejabat Agama

Hari tersebut pasti akan ditunggu-tunggu semua bakal pengantin kerana mereka bakal memulakan hidup baharu bersama orang yang mereka sayang dan cintai.

Ayah meninggal 3 jam sebelum nikah

Namun, lain pula pengalaman yang dirasai seorang bakal pengantin perempuan ini apabila bapanya dikhabarkan pergi buat selama-lamanya tiga jam sebelum majlis pernikahannya.

@intanmasekh Nikah lepas isyak, pukul 4:30 petang wassap ayahnya baru meninggal. Dia tak nk teruskan majlis tapi atas nasihat keluarga semua terpks disteruskan sbb semua dh tersedia . Sapa sangka ayahnya pulang ke negeri abadi lewat petang tu #fyp #muajohor #fyppppppppppppppppppppppp ♬ suara asli – sadvibes🥀 – Sadvibes🥀

Menerusi video dimuatnaik seorang jurusolek bernama Intan Nurdiyana, dia yang ketika itu sedang bersiap sedia menjalankan tugasnya untuk menyolek pengantin tersebut terkejut apabila mendapat berita daripada bakal pengantin yang memaklumkan bahawa bapanya baru sahaja meninggal dunia.

Difahamkan juga, pengantin wanita tersebut pada awalnya tidak mahu meneruskan majlisnya namun atas nasihat dari pihak keluarga, majlis tersebut tetap diteruskan atas faktor pelbagai persiapan telah dilakukan.

Kuatnya dia

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan ucapan takziah ke atas pengantin wanita berkenaan disamping ada yang memujinya kerana begitu kuat untuk meneruskan majlis tersebut.

Kredit: Facebook | TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas